CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

Laluan eksklusif bas 212km dapat dibina jika ketirisan RM4.24bilion MRT dielakka

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengambil tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Februari 2011 telah menganjurkan lebih daripada 30 sesi perundingan awam berkenaan dengan isu pembinaan MRT, dan diikuti dengan acara pecah tanah pada 8 Julai 2011.Pelbagai cadangan dan pandangan kritikal telah dilontarkan oleh pelbagai pihak berhubung isu pengangkutan awam, khasnya projek MRT yang bakal dilaksanakan.  KPRU tidak berhasrat membuat ulangan di sini.  Sementara langkah-langkah seperti perundingan awam yang bersifat \"konsultatif\" tersebut merupakan satu perkembangan positif (terutamanya berbanding dengan pelaksanaan projek-projek sebelum itu seperti projek Star-LRT, Putra-LRT dan Monorail yang dilaksanakan dalam keadaan yang penuh dengan kerahsiaan dan keraguan), KPRU menganggap bahawa bentuk perundingan sebegitu masih jauh ketinggalan dalam penerapan dan penonjolan prinsip tadbir urus yang baik, malah lebih cenderung kepada \"sesi pameran sebelum pembinaan\".Secara keseluruhan, aspek ketelusan dan perbelanjaan berhemat belum diberi penekanan cukup oleh SPAD bagi memastikan projek raksaksa tersebut dapat dilaksanakan secara rancak dan tanpa kemusykilan.Mengikut Laporan Kajian CIMB, berasaskan kos RM353 juta sekilometer, kos pembinaan MRT akan mencecah RM53 bilion. KPRU ingin menekankan bahawa RM53 bilion tersebut akan terjelma kepada beban hutang sebanyak RM14,096 oleh setiap pembayar cukai. Projek MRT bukan sahaja merupakan projek terbesar dalam sejarah Malaysia, malah jika tidak diuruskan secara berhati-hati, projek tersebut berkemungkinan menjadi hutang terbesar dalam sejarah negara kita.Kerajaan sehingga hari ini masih belum menjelaskan mengapakah projek ini tidak dianugerahkan melalui proses bidaan terbuka yang profesional.  Perkembangan terbaru, kontrak Penilaian Kejuruteraan Bebas (Independent Check Engineer, ICE)  telah dianugerahkan kepada konsortium yang bernama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) secara rundingan terus yang dikatakan penuh dengan \"tipu muslihat dan komplot\".Pengajaran pahit projek pembinaan, penswastaan dan nasionalisasi semula LRT yang berlangsung sedekad lalu telah menunjukkan bahawa kos pembinaan akan melambung tinggi apabila projek dijalankan tanpa unsur ketelusan dan kebertanggungjawaban.  Kajian Jeff Tan (2008) menunjukkan bahawa tanpa proses bidaan terbuka, Projek monorail di Malaysia melihatkan kelebihan kos sebanyak 8% hingga 53% jika dibandingkan dengan negara jiran, seperti yang ditunjukkan di bawah:

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058629 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list