CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

MerdekaReview dan kisah seorang Cina menulis dalam Bahasa Melayu

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Sebagai seorang Cina Malaysia, pengalaman penulisan dalam Bahasa Melayu jauh berbeza jika dibandingkan dengan penulisan dalam Bahasa Cina.  Penulisan dalam Bahasa Melayu adalah sesuatu yang bukan sahaja bersendirian seperti penulisan dalam bahasa Cina, malahan jauh lebih sepi rasanya. Sahabat Cina lazimnya tidak membaca analisisi tentang isu-isu semasa dalam Bahasa Melayu.  Banyak kali saya ditanya oleh kenalan-kenalan dan pembaca-pembaca edisi Bahasa Cina MerdekaReview soalan yang sama: dah lama tak nampak kolum kau di MerdekaReview?Ada, saya masih menulis untuk MerdekaReview, tapi bukan dalam Bahasa Cina.  Kini saya menulis dalam Bahasa Melayu - Bacalah Edisi Bahasa Melayu MerdekaReview! Jawapan saya kadang-kadang mengundang muka yang semacam saja, seolah-olah adalah sesuatu yang aneh apabila seorang Cina menulis dalam Bahasa Melayu.  Saya tak salahkan mereka.  Saya pun hanya memulakan pembacaan berita dan karya dalam Bahasa Melayu secara berterusan bermula dari zaman reformasi.  Ingatan dan pengalaman pembacaan segala bahan Bahasa Melayu semasa belajar di sekolah rendah dan menengah bagaikan dibaluti kabut tebal.  Selepas itu, bacaan utama saya merupakan bahan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.Dunia pembacaan saya berubah apabila laungan reformasi makin kuat bergema menggegarkan generasi muda.  Surat khabar Bahasa Melayu pertama yang saya baca ialah Harakah.  Buku Bahasa Melayu pertama yang saya beli ialah karya Shahnon Ahmad berjudul \"Shit\". \"Kau kalau tak reformasi diri kau terlebih dulu seluruhnya, kau tak akan berjaya mereformasi sistem politik taik barisan yang busuk lagi membusukkan ini.  Kau sama saja dengan ketulan taik di barisan taik kalau kau tak reformasi diri kau terlebih dulu.\" Frasa kata \"yang busuk lagi membusukkan\" dan banyak lagi frasa kata sedemikian dalam karya \"Shit\" mempengaruhi gaya penulisan saya hari ini.  Kini saya suka gunakan frasa kata seperti \"yang zalim lagi menzalimkan\" atau \"yang lucu lagi melucukan\"...Penulisan cukup penting buat seseorang insan yang sukakan aktiviti membaca.  Aktiviti penulisan itu memerlukan ruangan atau pentas yang dapat menyampaikan buah fikiran seseorang kepada pembaca secara amnya. MerdekaReview bukan sahaja memberikan ruangan tersebut kepada saya.  Raison d’être MerdekaReview yang berkait rapat dengan penyediaan ruangan untuk penterjemahan dan penulisan yang dapat menjalin hubungan antara dunia penulisan Bahasa Cina dan Bahasa Melayu banyak menggalakkan saya untuk menulis meskipun kerja senantiasa meletihkan saya. Saya asyik memikirkan bagaimana penulisan saya dalam Bahasa Melayu dapat menambah sedikit pemahaman pembaca edisi Bahasa Melayu MerdekaReview kepada kekompleksan pelosok dunia yang lebih senang difahami jika seseorang fasih Bahasa Cina.Kadang kala saya berbisik kepada diriku: Betulkah masa depan Malaysia bergantung kepada interaksi kepelbagaian etnik dan pemahaman sesama etnik berlainan?  Ataupun, biarlah kita yang selesa dengan keadaan sedia ada teruskan begitu sahaja. Seorang Cina apabila menulis dalam Bahasa Cina banyak mendapat sambutan.  Namun masih ada orang yang bertekad dengan penulisan dalam Bahasa Melayu malahan menulis secara kritikal meskipun sepi rasanya.  Dalam hal ini, saya cukup menghargai dan menyanjung tinggi usaha yang dimulakan oleh Lim Hong Siang dan MerdekaReview. MerdekaReview tidak sama dengan media lain.  Jika sekiranya MerdekaReview dibiarkan \"mati begitu sahaja\", penjalinan hubungan antara dunia Bahasa Cina dan Bahasa Melayu yang baharu dibina akan \"lenyap\" dalam masa singkat.  Media lain tidak signifikan dalam usaha ke arah ini. Saya terbayangkan perasaan kesayuan (melancholy) mengisi segenap pelosok kota, seperti pengalaman dan pengamatan Orhan Pamuk mengenai Istanbul.  Kematian MerdekaReview melambangkan kesayuan sebuah kota yang pernah ditenggelami laungan reformasi.  Sedih.Baca: Selamatkan MerdekaReview!Anda boleh derma melalui akaun bank berikut:Hong Leong Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No akaun: 04001025891)EON Bank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No.akaun: 0595110002973)Maybank Account: Merdeka Review Sdn. Bhd. (No. akaun: 514440123099)*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052273 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list