CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Taliban bom konvoi konsulat Amerika

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan pertama balas dendam pembunuhan Osama bin LadenPESHAWAR: Militan Taliban di Pakistan menyerang konvoi kenderaan Konsulat Amerika Syarikat AS) di Peshawar, semalam, tindakan pertama yang dianggap balas dendam terhadap pembunuhan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden awal bulan ini.\rJurucakap Kedutaan Besar AS, Alberto Rodriguez, berkata tidak ada warga negara itu yang terbunuh ataupun cedera serius dalam serangan berkenaan.\r\n\n\n\n\rNamun seorang warga Pakistan maut dan 10 orang lainnya cedera. \r\r\n\n\n\n\nRodriguez berkata, laporan awal menyatakan insiden itu membabitkan pengebom bom bunuh diri yang menaiki motosikal.\r“Pengebom berkenaan menyerang konvoi dua kenderaan Konsulat AS di Peshawar. Salah satu daripada kenderaan itu terkena bom. Kami masih menyiasat apa yang sebenarnya terjadi,\" kata Rodriguez.\rSerangan itu berlaku di sebuah jalan utama di kawasan yang menjadi penginapan diplomat Barat. Menurut polis penyerang membawa bom seberat 50 kilogram. \rKetua polis Peshawar, Liagat Ali berkata sebuah kenderaan berisi bom diletakkan di tepi jalan dan meletup ketika salah salah satu kenderaan konsulat menghampirinya.\rKenderaan konsulat berkenaan yang berperisai tercampak melanggar tiang elektrik berhampiran sebuah taman didikan kanak-kanak.\rInspektor Polis Peshawar, Ijaz Khan, berkata dua pengawal warga AS mengalami luka ringan. Mereka dirawat di kemudahan perubatan AS.\rSerangan semalam adalah yang pertama terhadap warga Barat sejak kematian Osama di tangan pasukan Navy SEAL AS. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.296870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list