CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Muslim mesti hormati maruah individu lain

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
DARIPADA Abi Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda  bermaksud: “Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam  lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Takwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara se-Islamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.”\rMengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama keamanan, Islam menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. \r\n\n\n\n\r  Antara perkara yang harus diberi perhatian ialah menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda daripada kecurian, rompakan dan pencerobohan.\r\r\n\n\n\n\n  Sebagai Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak  dihormati  orang lain dan tanggungjawab menghormati orang lain. \rSebab  puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam kerana sikap tidak ambil peduli   sesama umat Islam hari ini. Justeru, musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka.\rIsrael pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.\rSebetulnya umat Islam harus hidup seperti   disebut dalam pepatah Melayu, cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan  kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain menikmati kebaikan itu. \r\n\n\n\n\rSumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.614340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list