CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

FBM KLCI berakhir mendatar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PASARAN saham domestik kebanyakannya dalam mod pengukuhan minggu lalu, dengan kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) mengangkat saham perladangan utama lebih tinggi dan menyerap kesan luaran susulan kelemahan ekonomi Jepun yang melebihi jangkaan.\rKetidakpastian atas potensi kejayaan untuk menyelamatkan Greek dan kebimbangan negara Eropah lain dan China, yang melaporkan data inflasi lebih tinggi serta akan menaikkan kadar faedah juga melembapkan pasaran. \r\n\n\n\n\r  Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) berakhir datar minggu ke minggu pada 1,541.03 mata, meningkat sedikit 0.29 mata dengan untung pada Tenaga (28 sen), KLK (98 sen) dan IOI Corp (9 sen) serta balas timbal rugi pada Axiata (-10sen), Genting Bhd (-22sen), DIGI.com (-70sen) dan BAT (-RM2.20).\r\r\n\n\n\n\n  Purata jumlah dan nilai dagangan harian menyusut kepada 891.4 juta saham dan RM1.5 bilion, berbanding purata 941.8 juta saham dan RM1.38 bilion pada minggu sebelumnya. \rHarga saham Tenaga naik berikutan jangkaan kenaikan kadar tarifnya minggu depan untuk mengimbangi kos yang meningkat, terutama arang batu yang tidak stabil dalam harga pasaran antarabangsa.\rDengan syarikat berdepan kekurangan bekalan gas, yang diperoleh pada harga tetap, peningkatan kebergantungan kepada arang batu dalam campuran penjanaan kuasanya mempunyai kesan penurunan teruk pada pendapatan.\rHarapan kenaikan agak kecil untuk indeks minggu ini dengan perhatian beralih ke saham berharga murah. Namun, pengumuman daripada syarikat mewah seperti Sime Darby, Genting dan PROTON boleh menarik minat belian berpilih.\r\n\n\n\n\rWalaupun Sime Darby akan menunjukkan hasil suku ketiga tahun kewangan 2011 yang kuat tanpa perbelanjaan besar dan harga CPO yang lebih tinggi, hasilnya mungkin tidak merangsang secara suku tahun ke suku tahun berikutan kenaikan lapan peratus harga CPO boleh dikurangkan oleh 13 peratus penurunan pengeluaran akibat cuaca luar biasa basah dan jualan berpotensi lebih rendah di bahagian industrinya kerana banjir besar di Queensland, Australia.\rPROTON berjaya catat  prestasi lebih baik kerana penjualan kenderaan yang kukuh pada suku pertama tahun ini, khususnya kenaikan jualan luar biasa pada Mac lalu apabila pelanggan bergegas untuk membeli bagi mengelak gangguan bekalan dari Jepun.\rGenting juga mungkin melaporkan pendapatan lebih baik berikutan pengukuhan pendapatan dari Genting Singapura yang kembali mencatatkan keuntungan kuat S$305 juta pada suku pertama tahun ini daripada rugi S$150 juta pada suku tahun sebelumnya.\rDi Amerika Syarikat (AS), angka penjualan rumah, tempahan barang tahan lama, keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan angka inflasi suku pertama yang akan dikeluarkan minggu ini akan diperhatikan untuk mengukur proses pemulihan ekonomi.\rBagi minggu ini, KLCI mungkin berdepan kesesakan momentum kenaikan agak ringan minggu ini berikutan lebih banyak momentum bulis dan aliran penunjuk untuk indeks penanda aras yang mengisyaratkan condong ke arah peningkatan.\rNamun, pelabur dinasihatkan mengumpul saham murah kerana peratusan keuntungan lebih besar berbanding saham mewah. Bagaimanapun, saham mewah terpilih seperti IOI Corp, Sime Darby dan RHB Capital menawarkan keuntungan untuk jangka pertengahan.\rUntuk saham murah, orang ramai boleh memerhatikan Malton, Muhibbah, Dialog, Tradewinds Corp, Asia Media Group dan Benalec Holdings untuk memperoleh keuntungan menarik.\rBagi indeks, ia harus mengatasi halangan berikutnya 1,552 mata iaitu mewakili 23.6 peratus petunjuk fibonacci (FR) jatuh daripada rekod tertinggi 1,576.95 pada 6 Januari lalu kepada 1,474 terendah pada 29 tahun November lalu.\rParas rintangan berikutnya ialah 1,565 mata, iaitu paras tertinggi dicapai pada 4 April lalu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040684 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list