CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Sara ibu bapa tanggungjawab anak

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BARU-BARU ini, Pengarah Bahagian Warga Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mohd Fazari Mohd Salleh, berkata kerajaan mungkin akan memperkenalkan undang-undang untuk memaksa anak supaya menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua. \rPersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menyatakan sokongan bagi memperkenalkan undang-undang seperti itu.\r\n\n\n\n\r Adalah satu tanggungjawab moral bagi semua anak untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah berusia tetapi malangnya terdapat fenomena yang semakin meningkat di mana anak ini membiarkan ibu bapa mereka tanpa jagaan. \r\r\n\n\n\n\n Sebagai ganti menghormati ibu bapa mereka yang sudah tua, mereka sebaliknya hanya menganggap orang tua mereka hanya sebagai beban.\rOleh itu ada keperluan untuk melaksanakan undang-undang di mana ibu bapa yang tidak dapat menyara diri mereka mungkin boleh menuntut saraan daripada anak mereka. \rMenyara ibu bapa tiada bezanya dengan menyara anak. Oleh kerana undang-undang boleh memaksa ibu bapa yang berpisah untuk menyediakan saraan kewangan untuk semua anak, ia juga seharusnya mampu untuk memaksa anak untuk menyara ibu bapa mereka yang sudah tua. \rUndang-undang saraan ibu bapa sudah pun terdapat di negara lain seperti Singapura dan India.    \r\n\n\n\n\rIbu bapa yang terbiar akan terjejas emosi, fizikal atau kewangan. Bagaimanapun dengan adanya undang-undang seperti itu sekurang-kurangnya beban kewangan ibu bapa akan terjaga dalam usia tua. Kami juga mengharapkan kerajaan menggubal undang-undang saraan ibu bapa dengan seberapa segera.\rS M MOHAMED IDRIS,Presiden CAP.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059602 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list