|
Defisit tinggi, hutang lemahkan kewangan negara\rSUBSIDI sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama tetapi selepas hampir 54 tahun mengecapi kemerdekaan, negara seharusnya lebih matang dan faham akan kesan sampingan subsidi dan bukan melihatnya sebagai alat untuk menyelesaikan masalah.\r\n\n\n\n\r Selain itu, seiring dengan sasaran negara mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, adalah penting untuk kerajaan memulakan rasionalisasi subsidi dalam usaha menjadi sebuah ekonomi berdaya saing dan rancak.\r\r\n\n\n\n\n Kedudukan kewangan kerajaan yang lemah ekoran paras perbelanjaan defisit yang tinggi dan hutang yang meningkat, akan menghakis keyakinan pelabur dan pasaran, sekali gus menjadikannya lebih mahal untuk kerajaan meminjam wang, kata Ketua Ekonomi RAM Holdings Bhd Group, Dr Yeah Kim Leng.\r\"Hilangnya keyakinan akan menyaksikan meningkatnya kos pinjaman untuk kerajaan. Subsidi yang tinggi turut mencerminkan penggunaan lemah sumber negara,\" kata beliau dalam temubual di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau seterusnya menjelaskan yang harga yang rendah akan menggalakkan penggunaan yang tinggi dan kurangnya usaha pemulihan dan penambahbaikan kecekapan.\rKim Leng berkata, kerajaan boleh menjimatkan subsidi dan menempatkan semula dana kepada pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan bantuan kebajikan untuk yang miskin.\r\n\n\n\n\rJusteru itu, ia akan menjadi cabaran kepada kerajaan untuk mengusahakan satu mekanisme yang telus bagi memastikan penjimatan itu dapat menjangkau dan memberi manfaat kepada negara, khususnya mereka yang miskin dan berpendapatan rendah.\rKim Leng berkata, beberapa penjimatan subsidi penting kerana ia akan membantu mengurangkan defisit bajet kerajaan dan seterusnya merendahkan pinjaman, sekali\rgus ia tidak akan diterjemahkan secara langsung kepada dana yang ada untuk perbelanjaan pembangunan.\r“Jika pinjaman kerajaan dan paras hutang terus meningkat, ia akan mencetuskan kemungkinan kerajaan perlu menaikkan cukai di masa hadapan untuk membayar semula hutang, justeru menjejaskan keyakinan pasaran di dalam ekonomi,” jelas beliau.\rKatanya, di Malaysia, subsidi telah digunakan secara meluas untuk melindungi ekonomi daripada kejutan harga, melindungi pengguna dan pengeluar daripada kenaikan harga, menggalakkan pelaburan dan pengeluaran dalam aktiviti terpilih seperti penternakan dan perikanan, dan membolehkan akses kepada kesihatan dan pendidikan.\r“Sementara beberapa subsidi disifatkan perlu, adanya yang lain-lain tidak direka dengan baik atau disasarkan untuk memenuhi objektif yang sudah ditakrifkan, menyebabkan salah penempatan sumber.\r“Subsidi yang tidak sesuai juga akan menyaksikan pembaziran perbelanjaan, ketirisan dan penggunaan tidak sihat seperti pengambilan gula berlebihan,\" tambah beliau.\rMengenai kepentingan penstrukturan subsidi, Kim Leng berkata, jika tiada kenaikan dalam pendapatan kerajaan atau pengurangan dalam perbelanjaan dalam bidang-bidang lain, maka, defisit fiskal dan pinjaman kerajaan akan meningkat, dan ini akan melemahkan kedudukan kewangannya.\rAntara Oktober tahun lepas dan April tahun ini, harga tenaga dunia telah naik hampir 40 peratus sementara bahan mentah pertanian mencatatkan peningkatan 26 peratus. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|