CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

Subsidi petrol kena ikut cc kereta

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA adalah antara negara yang memberi subsidi minyak petrol paling tinggi jika dibandingkan dengan negara serantau.\rPemberian subsidi  petrol secara berterusan ini boleh menjerumuskan negara ke kancah hutang  membabitkan berbilion ringgit. Hal ini kerana nilai tanggungan subsidi terus meningkat saban tahun.\r\n\n\n\n\r  Untuk rekod, pada tahun lalu saja, negara memperuntukkan RM8 bilion bagi menyalurkan subsidi ke atas minyak petrol saja. Angka ini dijangka meningkat sekali ganda pada tahun akan datang.\r\r\n\n\n\n\n  Sehubungan itu, kerajaan perlu memikirkan langkah proaktif bagi menangani masalah ini. Ini kerana, fungsi subsidi bertujuan membantu golongan sasar yang berpendapatan di bawah paras tertentu.\rOleh itu, saya berpendapat subsidi petrol wajar diperinci semula dengan mengekalkan subsidi RON95 dan RON97 untuk kenderaan berkapasiti 2000cc dan ke bawah.\rBagi kenderaan berkapasiti 2000cc ke atas, subsidi petrol itu wajar dikaji semula dan diselaraskan. Secara logiknya, kenderaan berkapasiti 2000cc ke atas boleh dikategorikan sebagai kenderaan mewah kerana kebanyakannya berharga RM100,000 ke atas.\rOleh itu, tidak menjadi masalah apabila subsidi itu dikaji semula. Jika diteliti, perincian semula subsidi minyak dapat menggalakkan aliran pembelian kereta tempatan yang berkapasiti 2000cc ke bawah.\r\n\n\n\n\rDiharapkan cadangan ini dapat diperhalusi  agar subsidi petrol dapat dinikmati  mereka yang berpendapatan rendah.     \rMOHD SAIPUDDIN SULIMAN,\rShah Alam, Selangor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.039010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list