|
Ferguson buat perancangan rapi tebus kehampaan Rome 2009\rTIADA ruang untuk sebarang sentimen apabila Sir Alex Ferguson membuat percaturan anak buahnya bagi menebus kehampaan di Rome dua tahun lalu, menjelang persiapannya membawa Manchester United bertemu Barcelona bagi final Liga Juara-Juara di Wembely, awal pagi Ahad ini.\r\n\n\n\n\rKekalahan di ibu kota Itali kepada Barcelona pada 2009 ibarat menelan hempedu buat Ferguson yang memburu kejuaraan elit pe璻ingkat Eropah buat kali ketiga sebagai pengurus.\r\r\n\n\n\n\nMemiliki senarai pemain yang ramai bagi menurunkan barisan terkuat yang dianggap antara yang terhebat dalam Liga Perdana Inggeris, Ferguson juga kehilangan beberapa nama penting dalam kesebelasan utamanya apabila berdepan juara Sepanyol itu.\r“Sebenarnya sukar untuk memilih sebuah pasukan kerana anda berurusan dengan aspek kemanusiaan dalam permainan ini,” kata Ferguson. “Pemain sudah berusaha keras untuk pasukan ini sepan璲ang musim dan segala-galanya berkaitan skuad.\r“Malangnya saya terpaksa memberitahu akan ada yang tidak akan bermain. Ini bukan tugas mudah tetapi ia perlu dilakukan kerana kami mahu memenangi perlawanan ini. Pemain semua faham. Saya pilih pemain kerana alasan yang tepat dan saya pilih pemain gantian kerana alasan yang sama,” katanya.\rYang pasti, Ferguson lebih bimbangkan untuk memilih barisan pemain sendiri berbanding me?mikirkan cabaran Bar璫elona kerana dia sudah mempunyai jawapan un璽uk menangani bintang sensasi Barca, Lionel Messi (kiri) yang turut bertanggungjawab menghampakan United di Rome, dua tahun lalu.\r\n\n\n\n\r“Kami sudah bermain tiga kali dengan Barcelona dan Messi,” katanya. “Ada jawapan bagi setiap pemain walaupun dia bagus. Harap-harap kami dapat jawapan itu Sabtu (awal pagi Ahad) ini. Mereka juga ada pemain lain yang bagus, begitu juga kami. Sebab itulah perlawanan ini cukup menarik.”\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|