CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Manuskrip Melayu terbiar?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Manuskrip Melayu terbiar?Oleh Hafizah Iszahanidhafiza@bharian.com.my2011/05/26\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiada usaha membeli khazanah bangsa daripada penyimpan asing\rSEORANG penyelidik dari Sekolah Pengajian Timur dan Afrika, Universiti London, Dr Russel Jones, mendakwa hampir 8,000 manuskrip Melayu berada di pusat repositori seluruh dunia dan perangkaan itu menunjukkan betapa daifnya negara ini apabila khazanah milik sendiri berada di tangan orang lain.\r\n\n\n\n\rNamun ia hanya perangkaan kerana hakikatnya Malaysia menerusi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menyimpan manuskrip paling berharga, salinan asal Hikayat Hang Tuah (dirujuk sebagai MSS1713) bernilai RM2 juta.\r\r\n\n\n\n\nMalah, PNM juga boleh berbangga kerana naskhah itu diiktiraf sebagai Warisan Dunia yang dimasukkan dalam Daftar Ingatan Dunia pada 2001 oleh  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). UNESCO. \rSelain manuskrip berkenaan, beberapa karya besar turut disimpan di PNM dan antaranya Syair Siti Zubaidah Perang Cina, Taj as-Salatin, Bustan as-Salatin dan beberapa karya lain yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit.\rBagaimanapun, tidak dinafikan masih banyak lagi manuskrip Melayu berada di luar negara. Selain manuskrip sastera dan budaya, manuskrip perundangan dan sejarah seperti Risalat Kanun dan Undang-undang Laut Melaka, Sejarah Melayu, Salasilah Raja-raja dalam Negeri Perak dan Kedah-Laws.\rSebahagian khazanah sastera Melayu yang  diketahui berada dalam simpanan Universiti Leiden, Belanda ialah Syair Mukomuko, Syair Hukum Menteri yang Sembilan, Syair Hukum Peroatian Triamang, Syair Datuk Danan Seorang dan Syair Mimpi.\r\n\n\n\n\rKetika salinan asal Hikayat Hang Tuah (HHT) disimpan oleh Universiti Leiden, manuskrip asal dalam simpanan PNM adalah kitab asli dengan tulisan jawi lama berbahasa Melayu dan iluminasinya mendapat pengaruh seni Pantai Timur yang diserahkan seorang kerabat diraja Kelantan kepada PNM.\rKetua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Datuk Raslin Abu Bakar berkata,  HHT dalam simpanan PNM bukan saja mahal daripada segi harga, tetapi pengiktirafan dan justifikasinya, selain PNM juga menyimpan Tajas Salatin - Mahkota Raja ditulis pada 1603 yang mengandung  24 fasal tentang panduan dan nasihat kepada raja-raja untuk memerintah secara Islam.\rSelain PNM, manuskrip Melayu turut berada dalam genggaman Royal Asiatic Society, Universiti London, Perpustakaan British, Perpustakaan Bodleian (Universiti Oxford), Universiti Leiden, Library of Congress (Amerika Syarikat), Perpustakaan Nasional Singapura dan Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.\rRaslin mengakui walaupun setiap satunya dikenal pasti sebagai khazanah intelektual Melayu, ia sukar dituntut kerana tiada undang-undang khas mengenainya dan setiap manuskrip sudah termaktub sebagai hak milik negara penyimpan dengan kebanyakan manuskrip Melayu di luar kepulauan Nusantara dibawa keluar penjajah British, Belanda dan Portugis.\r“Apa yang boleh PMM lakukan ialah sebahagian besar karya penting dari institusi luar negara telah dibuat salinan mikrofilem dan berada dalam simpanan PNM. Memang tidak dinafikan kos bagi memperoleh salinan itu mahal dan hampir menyamai perolehan naskhah asal, namun kita tidak ada pilihan,” katanya.\rSehingga kini PMM memiliki himpunan 4,331 manuskrip Melayu dan arkib simpanan manuskrip Melayu terbesar di dunia. Ia bukan hanya menyimpan manuskrip berkaitan sastera dan budaya, tetapi juga perubatan, perundangan dan berkaitan Islam termasuk ilmu tasauf yang diperoleh daripada koleksi individu selain pembekal.\rPenolong Pengarah Pusat Manuskrip Melayu (PMM) Faizal Hilmie Yusof pula tidak menafikan koleksi sastera dan budaya yang disimpan di Malaysia hari ini terlalu sedikit kerana penjajahan menyaksikan banyak koleksi dibawa ke negara luar dengan kebanyakan manuskrip asal di PMM adalah manuskrip berkaitan agama Islam.\rTingginya nilai manuskrip Melayu juga menyaksikan ada kumpulan sindiket yang cuba menjual manuskrip palsu kepada PMM, tetapi ciri keunikan yang ada pada manuskrip Melayu berjaya mematahkan cubaan itu.\r“Manuskrip lama bertulisan jawi lama dan memiliki tera air pada kertasnya turut mencatat tarikh dikeluarkan dan syarikat yang mengeluarkannya. Malah ejaan jawi juga adalah ejaan lama dan biasanya sindiket tidak tahu perincian itu,” katanya.\rMalah, setiap satu manuskrip juga tiada muka surat dan mempunyai iluminasi pada permulaan bab yang menterjemahkan tempat asal ia dikarang, misalnya iluminasi pantai timur yang banyak corak daun dan bunga, manakala iluminasi Acheh biasanya bercorak geometrik,” katanya.\r“Sehingga kini hampir kesemua manuskrip Melayu yang kita ketahui ada sudah ada dalam simpanan PMM. Jika bukan yang asal mungkin salinan, kalau ada pihak yang memiliki manuskrip Melayu boleh membawanya ke PMM untuk dinilai,” katanya.\rKetua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Dr Samsiah Muhamad pula mengakui walaupun sukar untuk mendapatkan kembali manuskrip Melayu yang berada di luar negara, namun apa saja dokumen berkaitan sejarah negara dan dokumen rasmi kerajaan sebelum merdeka yang tersimpan di Arkib akan dipelihara sebaiknya.\r“Kita perlu berpijak di bumi nyata. Pada zaman sebelum merdeka tiada akta yang menghalang penjajah membawa keluar khazanah ilmu negara jajahan. Akta Arkib hanya wujud pada 1966. Malah di Perpustakaan London ada banyak koleksi yang kita namakan ‘migrate archive’ iaitu surat pembesar Melayu yang dihantar kepada pemerintah British pada zaman sebelum merdeka. \r“Semua surat ini disimpan elok di Perpustakaan British dan dianggap sebagai warisan mereka. Surat itu bertulisan jawi dan mempunyai iluminasi yang indah. Surat balasan daripada Kerajaan British kepada pemerintah Melayu tiada rekod kecuali yang dikirim Sultan Kedah kerana baginda akan merekodkan setiap surat yang keluar dari pejabatnya,” katanya.\rShamsiah menjelaskan, migrate achive seperti itu, malah manuskrip Melayu yang berada di luar negara bukan milik Malaysia dan hanya boleh membuat salinan, namun jika ada waris atau penghimpun persendirian yang mahu menderma atau menjual dengan Arkib, ia sangat dialu-alukan.\r“Misalnya dulu kita pernah beli surat kiriman pemerintah Johor kepada Sir Andrew Clarke daripada seorang individu di Britain yang mewarisi surat itu daripada datuknya yang pernah bekerja dengan Sir Andrew Clarke pada harga RM3,500 pada ketika itu. \rMalah Perpustakaan British pernah membeli dalam acara lelongan sepucuk surat daripada pemerintah Melayu kepada Napolean Bonaparte. Namun, Arkib tidak boleh beli terus secara lelong sebegitu kerana kita ada protokol yang perlu dipatuhi,” jelasnya.\rSastera diberitahu, kebanyakan rekod tentang Tanah Melayu berada dalam simpanan Syarikat Hindia Timur Inggeris dan ia menjelaskan mengapa 80 peratus rekod rasmi kerajaan sebelum merdeka disimpan di Britain Shamsiah mengakui nilai manuskrip Melayu sangat tinggi sehingga boleh mencecah jutaan ringgit, namun tidak sehingga menyebabkan wujudnya pasaran gelap. \r“Apa yang mungkin berlaku ialah penghimpun peribadi membeli sesama mereka. Arkib sedia membeli manuskrip atau dokumen ini daripada pembekal tempatan, orang perseorangan dengan sejumlah wang sagu hati jika rekod yang dimiliki itu ada kesinambungan dengan sejarah negara kita. Malah, kami ada peruntukan untuk berbuat demikian,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.352143 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list