CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 385|Reply: 1

Pusat kaji ambil alih bon air di Selangor

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan PKR wajar susun langkah sesuai atasi isu\rKUALA LUMPUR: Isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor akan berlarutan sekiranya kerajaan negeri itu masih enggan menimbang model penyelesaian yang lebih sesuai berbanding modelnya.\r\n\n\n\n\r  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui (kanan), berkata selagi tiada cadangan lebih praktikal dikemukakan kerajaan negeri sebagai jalan penyelesaian, Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil langkah perlu untuk menangani masalah yang timbul disebabkan kelewatan memuktamadkan penstrukturan itu.\r\r\n\n\n\n\n  Ini katanya, bagi mengelak pelbagai kesan buruk kepada industri perkhidmatan bekalan air di Selangor yang boleh menyusahkan pengguna air di negeri itu serta di Kuala Lumpur dan Putrajaya.\r“Keadaan ketidaktentuan ini menimbulkan keresahan kepada pengguna air dan juga pemegang bon air Selangor. \r“Berikutan itu, salah satu langkah segera yang dikemukakan pelbagai pihak kepada Kerajaan Persekutuan ialah mengambil alih bon operator air yang akan matang. \r“Atas kebimbangan dan keprihatinan terhadap perkembangan yang tidak menunjukkan sebarang tanda positif ini, saya sedia mengkaji cadangan itu sebagai antara langkah yang boleh diambil kerajaan untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan juga pemegang bon yang mulai resah dengan keadaan ini.\r\n\n\n\n\r“Sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mengambil langkah segera bagi menangani keadaan, manakala kerajaan negeri terus menjadikan isu ini sebagai mainan politiknya, kemelut ini akan memberi kesan negatif terhadap industri air negeri Selangor, selain kesan langsung terhadap kebajikan rakyat dan pasaran kewangan negara,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.\rKerajaan Persekutuan sebelum ini, mencadangkan model aset ringan yang menawarkan pelarasan kadar tarif lebih munasabah.\rberbanding perjanjian konsesi sedia ada dan model holistik kerajaan negeri Selangor dalam usaha menyusun semula industri perkhidmatan air negeri itu.\rModel dicadangkan kerajaan Pusat membolehkan syarikat konsesi meneruskan operasi sehingga tamat tempoh konsesi dengan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap aspek operasi dan penyelenggaraan.\rAspek itu akan dikawal selia sepenuhnya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), kos operasi dan kadar keuntungan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. \rFah Kui menjelaskan cadangan pengambilalihan adalah sebahagian daripada langkah mitigasi untuk menstabilkan industri air di Selangor dan tiada elemen ‘bail-out’ seperti tuduhan pembangkang dalam urusan pengambilalihan bon berkenaan.\r“Peranan kerajaan negeri untuk memastikan kestabilan dan kelangsungan industri air lebih penting dan kritikal berbanding hasrat untuk mengambil alih syarikat konsesi air sedia ada,” katanya menyambut baik usaha kerajaan Selangor untuk mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.\rSehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri segera memberi kelulusan Arahan Pembangunan dan Pengambilan Tanah bagi pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Langat Dua bagi memastikan industri itu tidak terjejas dan bekalan air berterusan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2013 04:21 PM | Show all posts
http://www.saj.com.my/V2/WaterDisruption.php?disruption_id=294


Region        Muar, Johor
Start Date        15/01/2013
End Date        16/01/2013
Time        10.00AM till 6.00AM (20 HOURS)
Cause Of Disruption        Pipe relocation at Panchor 2 water treatment plant, Muar Johor
Affected Area(s)        All areas in Jln Salleh at the right and left side along the road from Muar town to Sg. Terap bridge Jln Salleh Muar, Jln Bakariah, Jln Ismail including Kg. Temiang Tanjung and Bukit Treh, Kg. Pt Buaya, Jln Kim Kee Bkt Treh and Kg. Pt Setongkat, Jln Sg. Abong from junction Jln Salleh to junction Simpang Jeram including part of Jln Kg. Tengah and all residential areas surroundings, Jln Hj Abdullah from junction Jln Bakri to Taman Desa including all residential areas surroundings, Muar town, Jln Bakri from town to junction Hj Jaib, Jln Hj Jaib and Kg. Datuk and all residential areas surroundings, Jln Tengku Bendahara including Kg. Datuk Bentara, Jln Sulaiman and Jln Tg Ahmad from town to Pt Sakai bridge Jln Tg Ahmad, Jln Abd Rahman from town to junction Pt Hj Baki to Pt Sakai bridge Jln Abd Rahman, Jln Junid Dalam from Tmn Datuk Sulaiman Ninam Shah to Pt Perupok bridge Jln Junid Dalam including Tmn Bahagia, Kompleks Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Kg. Pt Tiram, Jln Lama, Jln Bentayan Jln Hassan, Jln Arab Jln Khalidi from roundabout Jln Bakri to roundabout Jln Khalidi.


TIADA SEBARANG NOTIS DI KELUARKAN SAJ SAMPAI PADA ORG DI MUAR JOHOR, AGAK2NYE SAJ TAK NAK HANTAR LORI TANGKI AIR KE? MASIH NAK HANTAR KE SELANGOR? SILA REFER WEBSITE SAJ UTK MAKLUMAT LANJUT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.318221 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list