CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Dunia Buku: Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Dunia Buku: Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?Oleh Shuhaniza Saidbhsastera@nstp.com.my2011/05/27\n\n\n\n\n\n\n\nINFO: Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak?Pengarang: ManjlaraHarga: RM19\n\n\n\nTebal: 443 halamanTerbitan: Jemari Seni Sdn BhdBintang: ***** (lima bintang)\n\n\n\n\nSUKA Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? karya Manjlara membawa pembaca menyusuri kehidupan Qisya Amni, gadis yatim piatu yang menumpang kasih dengan keluarga bapa saudaranya dan menyelami suka duka percintaannya yang diuji pelbagai dugaan tetapi tabah dan reda.Kisah tragis yang melanda Qisya Amni bermula dengan kemalangan ngeri yang meragut nyawa dua orang tuanya, seawal usia lapan tahun dan episod duka berlanjutan apabila nenek kesayangan yang mengambil alih tugas menjaganya itu, turut menyahut panggilan Ilahi beberapa tahun kemudian. Qisya Amni kemudian diambil oleh bapa saudaranya, Pak Mukri atau Pak Long yang melayannya seperti keluarga sendiri termasuk dua sepupunya kembarnya, Lydia dan Julia tetapi kehadirannya di rumah itu tidak disenangi Mak Long Ainun.Segala tindak tanduk Qisya bagaikan tidak kena pada mata Mak Long Ainun sehingga dia dilayan seperti orang asing, selain sering menerima cercaan dan hinaan daripada wanita itu yang memandang rendah kepadanya kerana tidak berpendidikan tinggi serta sebatang kara.Walaupun sering menerima layanan buruk, Qisya Amni tabah menjalani kehidupan bersama insan yang menyayangi dirinya termasuklah Hilmy yang dikenali sejak menuntut pada peringkat matrikulasi.Kasih mereka tetap mekar terjalin walaupun Hilmy menyambung pelajaran ke Universiti Malaya (UM), manakala dia hanya menjadi penghuni setia rumah itu.Penulis berjaya menimbulkan rasa kasihan pembaca apabila penderitaannya tidak terhenti setakat itu, sebaliknya berdepan dengan ibu Hilmy, Mak Cik Asilah yang tidak merestui perhubungan mereka.Ini kerana wanita itu tidak mahu kehilangan perhatian Hilmy yang menjadi satu-satunya insan kesayangan yang mendampinginya selepas melalui episod duka dalam dua perkahwinannya sebelum itu.Qisya Amni terus diuji apabila Hilmy yang menjadi dahan berpaut kasih mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya koma.Lebih memanaskan hati Mak Cik Asilah apabila Hilmy sebenarnya ditimpa kecelakaan sewaktu berpatah balik ke kampus untuk mengambil ‘hadiah’ buat Qisya Amni.Ketika diuji layanan dingin Mak Long Ainun, tuduhan melulu Mak Cik Asilah dan kecelakaan yang menimpa Hilmy, Qisya Amni menerima salam perkenalan daripada Azam Jufry yang diperkenalkan doktor yang merawat kekasihnya, Dr Mazlan tetapi kesetiaan tetap merantai hatinya daripada menerima kehadiran insan lain sebagai pengganti.Kehadiran Wafi Ilya, iaitu abang tiri Hilmy yang sekian lama terputus kasih dengan keluarga Mak Cik Asilah akibat perceraian, merumitkan konflik cinta Qisya Amni kerana dia turut meminati gadis itu.Pemergian Hilmy selepas beberapa minggu bertarung nyawa, dilihat sebagai peluang oleh Wafi Ilya untuk menyemai kasih di hati gadis itu tetapi Azam Jufry juga mengintai peluang untuk bertakhta di hati gadis yang berjaya menambat hatinya. Konflik cinta Qisya Amni diuji dengan hebat kerana tersepit antara layanan Azam Jufri yang disenanginya dengan Wafi Ilya yang menagih cintanya tetapi pada masa sama Mak Cik Asilah insaf selepas menderita kanser payudara.Pembaca pasti tertanya-tanya, siapakah yang berjaya bertakhta di hati Qisya Amni dan adakah pilihannya tepat? Apakah kesudahan kisah cintanya dan juga penerimaan Mak Long Ainun? Semua persoalan tersebut akan terjawab selepas membaca novel setebal 443 halaman terbitan Jemari Seni Publishing berharga RM19 senaskhah ini.Profil penulis: Tinggalkan farmaseutikalSHUHAIDA Kamis atau lebih dikenali sebagai Manjlara, melanjutkan pelajaran dalam bidang kesetiausahaan di Bedford Girls College selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Bekas penuntut Sekolah Menengah Seri Gombak itu, memulakan kerjaya sebagai setiausaha di firma guaman di Kuala Lumpur, sebelum beralih kepada bidang farmaseutikal selama 15 tahun. Ibu kepada empat cahaya mata yang berusia 39 tahun itu, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan alam pekerjaan dan menjadi suri rumah sepenuh masa.Beliau gemar menghabiskan masa lapangnya dengan membaca, menulis dan bersiar-siar bersama keluarga, manakala pembaca juga boleh membaca tulisan santai beliau di blog manjlara01.blogspot.com.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.055638 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list