CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

Pemohon kena semak dalam 'UPU online'

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
MERUJUK kepada surat bertajuk \'UiTM tak tawar ijazah berkaitan\' oleh \'pembela rakan\' dari Seremban, Negeri Sembilan  dalam ruangan ini pada 7 Mei lalu.\rIngin saya maklumkan bahawa permohonan fasa kedua bagi sesi kemasukan September 2011 untuk pelajar lepasan STPM/STAM/Matrikulasi adalah melalui \'UPU online\' yang dibuka pada 18 Mei lalu.\rBuat pengetahuan, kemasukan  September ini adalah kemasukan arus perdana di UiTM. Pada masa inilah UiTM dan juga semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) menerima kemasukan majoriti pelajari lepasan STPM/STAM/Matrikulasi (termasuk Matrikulasi Teknikal).\r\r  Oleh itu, UiTM menyenaraikan beberapa kursus yang akan ditawarkan kepada setiap pelajar untuk kemasukan pada sesi berkenaan. Ini termasuk kursus dalam bidang kejuruteraan seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia dan Proses) kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia dan Bioproses) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Minyak dan Gas).\r\n\n\n\n\n\rNamun, buat masa ini UiTM menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia saja kepada lepasan Matrikulasi Teknikal. Bagaimanapun, pihak kami sedang mengkaji kemungkinan akan menawarkan program kejuruteraan lain kepada lepasan Matrikulasi Teknikal pada masa akan datang.\rPengadu disarankan menyemak semula syarat kemasukan melalui ‘UPU online’ untuk mengelak  kekeliruan.\rPROF MADYA DR AHMAD REDZUAN ABD RAHMAN,\rPenolong Naib Canselor UiTM.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.092253 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list