CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 216|Reply: 1

Ibu kecewa anak cemerlang dalam SPM tidak dapat biasiswa

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
PADA Mac lalu ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikeluarkan, ramai ibu bapa yang berasa gembira dengan keputusan cemerlang anak-anak mereka. Saya adalah antara seorang daripada mereka. Anak saya mendapat semua A dalam sembilan mata pelajaran yang diambilnya iaitu (6A+, 2A dan 1A-). \rBerbekalkan keputusan itu anak saya memohon biasiswa tajaan MARA, Bank Negara, Khazanah Global dan Petronas. \r\n\n\n\n\r Anak saya memohon Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan UPU dalam negara. Apa yang saya kesalkan tidak ada satu pun permohonan biasiswa anak saya berjaya sama ada luar negara mahu pun dalam negara.\r\r\n\n\n\n\n  Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat sedih dan kesal dengan apa yang  berlaku kerana usaha gigih anak saya sehingga mendapat semua A dalam SPM 2010 tidak mendapat perhatian. \rNasibnya lebih kurang sama dengan pelajar yang tidak mendapat semua A. Anak saya  cemerlang dalam kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan dalam tempoh dua tahun (2009 dan 2010) tetapi  tiada tawaran biasiswa, sedangkan seminggu selepas keputusan SPM diumumkan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran ada menyatakan menerusi media semua pelajar cemerlang SPM 8A ke atas akan ditawarkan biasiswa. \rDi mana silapnya perkara ini berlaku? Ke mana harus saya  merayu untuk mendapatkan hak anak saya? \rIBU GERAM DAN KECEWA,\r\n\n\n\nKuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2012 12:54 PM | Show all posts
It may be too late to help but maybe i can answer. Boleh membantu future applicants. FYI Pengumuman biasiswa diberi kepada students 9As and above by the government only bermula dari result SPM 2011. Pemberian diberi starting 2012 selepas SPm results keluar. (Anak you sat for SPM 2010 kan).  This biasiswa is called BURSARY.

UPU, selalu terjadi masalah teknikal, so kena berhati2. Or maybe salah isi borang. Permohonan UPU ni senang but VERY tricky. Saya sendiri yang sangat berhati2 sampai tak tidur malam mengenangkan kan UPU ni pun, had a bad experience. Hanya disebabkan, saya submit using computer saudara (padahal computer saya kat rumah ada 3 bijik adoi) yg mana system computer saudara saya ni ada blocking program. Penat saya faham n hafal what to do n what not to do, last2 kena jugak mengadap KPTM mintak tolong. (Thanks KPTM!)

Interview utk scholarship JPA, MARA, Khazanah (yg ni specially for cream of the cream), Bank Negara (also for cream of the cream), Petronas menekankan communication skills, critical thinking, attitude, teamwork, etc. Ability to speak fluently in English is very important, yelah. ini interview utk scholarship to go overseas kan?

koko peringkat kebangsaan memang hebat. But note that melambak jugak students di luar sana with koko peringkat antarabangsa.

My feel is that in UPU, ada technical error. And maybe anak you lemah dalam hal berkaitan interview.

I hope anak you sekarang happy belajar, tak kisah la belajar mana. Dapat straight As with 6A+ is something huge, bukannya senang nak dapat. Seriously anak you mmg pandai, i salute la. So mmg i feel for you and your daughter bila ada problem mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.063966 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list