CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Hilang nikmat hidup di dunia jika zalim sesama insan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
KETAATAN kepada Allah dapat digilap dengan adanya pelaksanaan lengkap untuk memastikan ubudiyyah serta pegangan  mantap kepada Allah sentiasa terlaksana dalam kehidupan manusia seperti memelihara rukun Islam yang lima.\rImam Madinah Munawwarah, Syekh Abd Rahman Al-Huzaify, berkata sesungguhnya kemaksiatan serta dosa memberi kesan buruk kepada pelakunya bersesuaian dengan dosa serta kemudaratan dilakukan dan antara dosa besar diharamkan Islam ialah kezaliman terhadap manusia lain. \r\n\n\n\n\r  Katanya, mereka  yang zalim  menerima nasib malang kerana kezaliman merosakkan  amalan  dilakukan serta menghilangkan  nikmat  Allah di dunia dan akhirat. \r\r\n\n\n\n\n  “Oleh kerana sifat zalim mengundang kemudaratan besar, maka Allah meletakkan pengharamannya pada zat Allah sendiri,” katanya.\rHadis Qudsi menyebut: “Wahai hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan sifat zalim pada diri-Ku, justeru Aku  mengharamkan ia dilakukan  sesama kamu. Maka, jangan sekali-kali kamu melakukan kezaliman.”\rSifat ini  milik mereka yang lemah dan tidak bertamadun. Allah teramat sunyi daripada sifat demikian. Diharamkan  sesama manusia demi menjaga agama, kehidupan serta memperbaiki hubungan sesama manusia seterusnya memelihara hubungan dengan Allah.\rSyekh Abd Rahman berkata, sifat zalim boleh memberi kesan kepada kemakmuran hidup manusia selain mengundang kemurkaan Allah dan boleh menyebabkan kemusnahan dalam sekelip mata.\r\n\n\n\n\rKatanya, zalim  bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya jelas menunjukkan pertentangan dengan apa yang disarankan agama.\rBeberapa kezaliman yang dilakukan manusia ialah:\rKezaliman yang tidak diampunkan Allah kecuali dengan bertaubat iaitu syirik. Firman Allah  bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik sedangkan Dia akan mengampunkan dosa lain kepada siapa yang di kehendaki. Sesiapa yang syirik adalah  kesesatan yang amat jauh.” (Surah An-Nisa’, ayat 116)\rKezaliman dilakukan antara hamba dan Tuhannya iaitu perkara yang lain daripada syirik di mana Allah akan sentiasa memberi keampunan kepada mereka yang dikehendaki atau dihilangkan dosa dengan kecelakaan terhadap seseorang seperti kemalangan atau musibah. \rPenyucian dosa ini juga dapat dirasai melalui azab kubur, syafaat Nabi SAW atau diletakkan di dalam neraka buat seketika.\rKezaliman yang dilakukan sesama manusia  tidak dapat diampunkan melainkan  dimaafkan oleh mereka yang dizalimi. \rSabda Rasul SAW yang bermaksud: “Hendaklah dikembalikan hak mereka yang dizalimi sebelum datang hari kiamat di mana segala kebaikan orang yang zalim akan di berikan kepada mereka yang dizalimi seterusnya mengheret mereka ke neraka.”\rKezaliman ini juga termasuk pembunuhan sesama manusia, mengambil harta benda orang lain dan memutuskan silaturahim, melakukan penderhakaan kepada ibu bapa, mencetuskan pergaduhan  serta mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.\rDemikianlah  besarnya akibat zalim terhadap seseorang sehingga Allah tidak pernah leka terhadap kezaliman yang dilakukan. Firman Allah  bermaksud: “Janganlah kamu menyangka Allah lupa terhadap kezaliman yang dilakukan.” (Surah Ibrahim, ayat 42) \rPenulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (NSTP)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.350864 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list