CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Golongan mak nyah perlu didekati, bukan disisih

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Dilema \'lelaki lembut\' wajar ditangani menerusi program bina semangat, pujukan rohani\rKEHADIRAN golongan mak nyah dalam masyarakat adalah satu realiti yang tidak dapat disangkal dan tidak dapat dinafikan penampilan mereka yang ada kalanya melebihi wanita mengundang perasaan jelik, meluat serta menyampah sesetengah golongan.\r\n\n\n\n\r  Hakikatnya, golongan ini terperangkap dalam satu situasi yang mendorong mereka memilih untuk hidup dalam dunia yang tersendiri. Mereka turut terperangkap dalam dilema untuk meletakkan kedudukan dalam masyarakat kerana fizikal lelaki tetapi memiliki keinginan, nafsu dan naluri wanita.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Penolong Pengarah Sosial, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zakuan Sawai, berkata golongan mak nyah perlu dibantu membina semangat baru yang positif dan keluar daripada kepompong membelenggu hidup mereka.\rKatanya, golongan itu perlu ditarik untuk kembali kepada ajaran agama melalui pendekatan yang sesuai kerana bukan mudah meninggalkan kebiasaan dan tidak mungkin mereka bersedia melakukan perubahan secara drastik.\r“Mereka perlu dilayan dengan penuh kasih sayang, pujukan rohani yang lembut sehingga usaha ini mampu mendekatkan diri kepada Allah dan meninggalkan kegiatan mereka secara perlahan-lahan. Mereka sedih dianggap sampah masyarakat kerana terjebak kerja maksiat,” katanya.\rBeliau yang ditemui ketika Program Mukhayyam Bersama Mak Nyah di Agro Resort Semuji, Kuantan, berkata usaha perlu dilakukan supaya golongan mak nyah tidak rasa terpinggir dan membuka jalan untuk mereka kembali ke pangkal jalan.\r\n\n\n\n\rSeramai 30 mak nyah sekitar Pahang menyertai program empat hari anjuran KSK JAKIM dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia (MAC), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dagang Halal dan Drug Intervention Community (DIC) Pahang.\rPelbagai aktiviti dilakukan antaranya merentas hutan, merentas halangan, memanjat tembok, tarian poco-poco, ceramah HIV/AIDS, peluang kerjaya, motivasi diri, tayangan video serta slot menyelami diri bersama fasilitator. \rProgram kali kedua ini adalah kesinambungan program sama yang dianjurkan di Jelebu, Negeri Sembilan, bertujuan memperbaiki kehidupan mak nyah supaya tidak lagi menjadi sebahagian masalah sosial, terbabit sebagai pekerja seks selain menggalakkan mereka mendalami ilmu agama.\rProgram empat hari tiga malam itu bukan setakat sesi perang fizikal tetapi lebih kepada pujukan psikologi bagi membantu golongan mak nyah menerima bimbingan kerohanian dan memiliki keyakinan untuk kembali kepada masyarakat. \rZakuan berkata, program itu diharap dapat menyedarkan masyarakat terhadap keperluan golongan mak nyah seterusnya mengikis stigma negatif dilemparkan terhadap kumpulan lelaki berjiwa lembut ini dan mendorong mereka melakukan perubahan.\rPenasihat Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM), Hanafi Abdul Malek, berkata golongan mak nyah perlu diberi peluang untuk hidup dalam masyarakat dan melakukan pekerjaan mengikut kemahiran mereka.\r“Jangan pinggirkan mereka kerana mereka juga adalah sebahagian daripada makhluk Allah yang  perlu diberi peluang untuk bersama menikmati kehidupan. Mereka berhak diberi curahan kasih sayang, peluang pendidikan dan kerjaya untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.\rKatanya, melalui Program Mukhayyam Bersama Mak Nyah, masyarakat akan dapat melihat kesungguhan mereka untuk mengatasi masalah yang dihadapi seterusnya berusaha keluar daripada dunia sekarang dan menghadapi dunia nyata.\r“Pendekatan tarbiah dan pendidikan berpaksikan kepada ajaran agama diharap dapat menyerap secara perlahan-lahan dalam jiwa mereka. Kita yakin melalui kasih sayang dapat melembutkan hati mereka dan mendorong untuk melakukan perubahan ke arah hidup lebih baik,” katanya.\rBeliau berkata, program mukhayyam (perkhemahan) turut menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka supaya dapat menghindari daripada kegiatan menyalahi syariat agama dan terdedah kepada risiko dijangkiti HIV.\rPeserta program, Lala, 49, berkata usia yang semakin meningkat menyedarkan dirinya untuk menjadi insan lebih baik yang tidak lagi bertindak mengikut perasaan serta dapat berubah menjadi lelaki sejati.\r“Saya mengaku, sebelum ini saya hanya mengikut perasaan semata-mata. Saya sukakan pakaian yang cantik, ingin memiliki ‘teman lelaki’ serta ingin dicintai seperti wanita normal. Namun, saya sedar apa yang saya dapat itu tidak akan kekal selama-lamanya,” katanya.\rBeliau yang memiliki pengalaman sebagai tukang jahit selama 18 tahun menyedari dirinya tidak akan dapat lari daripada hukum Allah dan kini mengharap masih ada ruang untuk mengubah diri kembali kepada asal. \rKatanya, walaupun kebanyakan masyarakat sukar untuk menerima golongan mak nyah tetapi beliau bersyukur apabila ada pihak bersedia mendekati serta membantu dengan memberi sokongan moral dan bimbingan kerohanian.\r“Saya bersyukur dapat menghadiri program ini kerana banyak pendedahan ilmu agama yang kami terima dan paling penting program ini berlangsung dengan penuh curahan kasih sayang yang kami cari selama ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052633 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list