CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Usah pertikai keputusan beri biasiswa pelajar cemerlang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
BERSYUKURLAH dianugerahkan biasiswa sepenuhnya melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara. Ibu bapa pelajar hendaklah berterima kasih pada kerajaan yang prihatin untuk memberikan segala kemudahan dan jangan lagi ada bunyi suara sumbang rasa tidak puas hati selepas semuanya ditanggung pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\rDiharapkan parti pembangkang atau mana-mana pihak pula jangan cuba mengambil kesempatan mengapi-apikan orang ramai dalam hal pemberian biasiswa kerajaan ini kerana yang rugi nanti adalah pelajar kita yang cemerlang pada generasi akan datang juga.\r\n\n\n\n\r  Ura-ura untuk ditiadakan biasiswa bagi pengajian di luar negara jika menjadi kenyataan akan merugikan semua pihak tidak kira apa bangsa atau status pelajar itu sendiri. Pelajar cemerlang SPM pada masa akan datang sudah tentu tidak lagi berpeluang mencapai segala impian mereka dan ibu bapa pula pasti kecewa untuk melihat anak-anak mereka keluar negara.\r\r\n\n\n\n\n  Janganlah cuba jadi \'hero\' membuat sesuatu tindakan  bodoh yang merugikan diri dan bangsa sendiri. Ini bukan lagi perjuangan menang-menang tetapi sudah menjadi perjuangan yang sia-sia iaitu kalah-kalah. Belajarlah  bersyukur.\rSYED ABDULLAH, \rAmpangan, Seremban.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.063608 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list