CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Hanipa Maidin: UMNO solehkan video seks dengan "sumpah"

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.AJK Pusat PAS Hanipa Maidin (gambar kanan), ketika menyokong usul \"Mengutuk Fitnah Menggunakan Video\" yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba \"solehkan, hiaskan video dengan sumpah\", kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, \"Takkanlah tak betul?\"\"Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini ... Saya rasa syaitan pun respect mereka.\"  Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk \"Ulama Tersingkir\" di muka surat depan.  Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, \"Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!\"Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina.  \"Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain?  Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk.\"Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu \"liwat\" kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato' Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058748 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list