CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 0

Hidup lebih fokus apabila berdamping kitab suci

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Menghayati al-Quran bersama tafsirannya buatkan jiwa individu sentiasa disemai dengan ketakwaanTERINGAT lagi ketika kecil, setiap kali selepas solat Maghrib, ibu akan mengajar saya membaca al-Quran. Ibu adalah ‘guru mengaji’ yang setia mengajarkan kami kalimah Allah bagi memastikan kami adik beradik celik al-Quran.\rWalaupun ilmu membaca al-Quran memang sudah disemai di dada sejak kecil tetapi tidak dinafikan dari segi amalan memang ada cacat celanya. Apabila kembali mendekatkan diri dengan al-Quran, saya terasa perbezaannya.\r\n\n\n\n\r  Oleh itu, boleh saya katakan, perubahan yang saya lalui kini ada kaitannya dengan mukjizat al-Quran yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad SAW. Kesetiaan berdampingan dengan kitab Allah menjadikan saya kini lebih fokus dengan apa yang ingin dilakukan serta dicapai dalam hidup.\r\r\n\n\n\n\n  Selain menjadikan hati yang resah kembali tenang, wahyu Allah memiliki seribu satu kelebihan dan hanya mereka yang pernah merasai dapat menceritakan kemanisan pengalaman itu. Ini kerana semua mempunyai cerita masing-masing.\rKehidupan saya rasakan lebih mudah selepas berjinak-jinak kembali membaca al-Quran secara istiqamah, sekurang-kurangnya satu halaman sehari. Perancangan harian juga menjadi lebih teratur kerana fikiran lebih fokus. \rJusteru, apabila melihat anak muda sekarang seakan menjauhkan diri daripada al-Quran, timbul rasa sedih. Seseorang itu tidak semestinya perlu berubah menjadi alim untuk membaca al-Quran kerana membaca al-Quran sepatutnya sebahagian daripada amalan harian.\rKita kata hendak semua tetapi bagaimana mungkin kita akan mendapat semuanya jika diri serta fikiran tidak fokus. Tetapi cuba dekatkan diri dengan al-Quran, Insya Allah ia akan membuka jalan untuk kita melangkah ke depan. Cubalah.\r\n\n\n\n\rSaya sendiri tidak pandai membaca al-Quran secara berlagu seperti qari dan qariah hebat yang kita tonton di televisyen dan ilmu tajwid pun masih perlu diasah lagi supaya lebih mantap. Tetapi, kesan daripada amalan itu memang menakjubkan.\rMalah, ganjaran yang dijanjikan juga begitu besar. Daripada Aisyah, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani  malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim) \rPengalaman saya sendiri, ada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengakui hatinya lebih tenang selepas mengamalkan membaca surah yang diberi sebagai penawar untuk penyakit dihadapinya.\rAda juga mengakui, sebelum ini tidak tahu membaca al-Quran atau tergagap-gagap mengalunkan kalimah Allah tetapi kini sudah boleh membaca dengan lancar. Alangkah indahnya pengalaman serta nikmat diterima mereka.\rBagi saya, jika tidak tahu membaca al-Quran, ia adalah satu kerugian. Tidak mengapa jika baca merangkak-rangkak kerana sekurang-kurangnya kita berusaha. Berkat kesungguhan itu, lama-kelamaan lidah akan lancar. Percayalah.\rTidak dinafikan ramai ibu bapa hari ini menyedari pentingnya anak mereka didedahkan dengan ilmu membaca al-Quran. Malah, mana-mana sekolah tahfiz akan dipenuhi kanak-kanak dan golongan remaja. Ini bukti tahap kesedaran ibu bapa supaya anak mendapat didikan agama semakin tinggi.\rMengenang zaman kanak-kanak, saya juga didedahkan kepada ilmu yang tidak kurang hebatnya. Dari kecil saya dilatih menjadi tukang azan di surau berdekatan rumah. Terima kasih kepada tok bilal dan tok siak yang sentiasa memberi peluang saya mengalunkan azan.\rKetika sekolah rendah pun saya beserban ke sekolah dan terbabit dengan kumpulan nasyid. Ingat lagi ketika itu bercelak hitam di bawah mata. Saya juga terpilih mewakili sekolah untuk pertandingan bercerita kisah nabi malah pernah mendapat tempat kedua.\rSemua itu saya lihat sebagai asas yang mendedahkan saya kepada pelbagai cabang ilmu yang asalnya terkandung dalam kitab al-Quran. Betapa pentingnya al-Quran kepada seorang Muslim, sewajarnya ia menjadi sebahagian daripada amalan kehidupan harian kita.\rNamun, masih ada remaja serta golongan muda yang terus leka serta menjauhkan diri dari kitab Allah mungkin disebabkan tidak didedahkan atau tidak dijadikan sebagai amalan. Yang pasti, tidak ada kalimah ‘terlambat’ untuk kita mendekatkan diri dengan al-Quran dan isinya.\rLagipun, sekarang ini pelbagai cara untuk mempelajari al-Quran. Di pasaran terdapat al-Quran elektronik yang boleh membantu kita belajar membaca al-Quran. Bagaimanapun, setiap proses pembelajaran, adalah lebih baik kita berguru.\rSekurang-kurangnya berlaku komunikasi dua hala, mana yang tidak faham dapat ditanya dan mendapat jawapannya sementara yang kurang jelas dapat diperjelaskan.  \rIbnu Abbas menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang di dalam dirinya tidak ada (tidak hafal) suatu ayat al-Quran pun, keadaannya sama dengan rumah yang kosong.” Fikir-fikirkanlah.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.169158 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list