CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

Iqra: Penjelasan lengkap kepentingan solat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MENGAPA kita mesti solat? Jika meninggalkan solat bererti kita kufur. Amirul Mukminin Umar al-Khatab berkata: “Tidak ada bahagian daripada Islam bagi seseorang jika ia meremehkan solat.”\rBuku Mengapa Kita Mesti Solat tulisan Muhammad Ahmad Ismail Al-Muqadam menggariskan 23 keutamaan solat, 13 azab  meninggalkan solat serta 13 kebaikan solat di dunia dan akhirat.\r\n\n\n\n\rKeutamaan solat ialah rukun Islam paling mulia selepas dua kalimah syahadah, perintah Allah dan Rasul-Nya, induk ibadah serta wasiat terakhir Rasulullah SAW yang mana permintaan Baginda, ‘solat, solat dan bertakwalah kepada Allah.’\r\r\n\n\n\n\nAntara azab meninggalkan solat, dosa besar selepas syirik, tergolong dalam kumpulan munafik, hati menjadi gelap, penyebab suul khatimah (terjadi kepada orang yang rosak akal dan terus menerus melakukan dosa besar) dan tidak diragukan azab kubur balasan kepada yang berpaling dari Allah.\rJusteru, mereka yang mengaku beriman kepada Allah dinasihatkan bergegas memahami agama, saling menasihati mengenai solat dan menjaga solat mereka kerana manfaat solat, dapat mencegah dari kemungkaran serta dosa hawa nafsu.\rSemua itu dapat digali daripada buku Mengapa Kita Solat terbitan Jasmin Publications yang turut menerbitkan buku Sembuh dan Sihat Dengan Solat (bagi merawat penyakit fizikal dan mental) serta Rahsia Ucapan Amin dalam Solat.\rHimpunan koleksi Inspirasi Hidup Bertakwa yang mengambil tema solat berupaya menyedarkan pembaca tanggungjawab utama sebagai hamba Allah selain memanfaatkan keutamaan solat demi mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.\r\n\n\n\n\rTidak dinafikan masih banyak kekeliruan terhadap solat yang menjadi tiang agama kerana ada yang setia menunaikan tanggungjawab itu tetapi hairannya masih terjebak melakukan perkara mendatangkan dosa.\rMana silapnya? Buku Sembuh dan Sihat Dengan Solat bukan sekadar menawarkan petua menjaga kesihatan melalui solat yang dilaksanakan, tetapi secara tidak langsung mengajak umat Islam supaya benar-benar menghayati ibadat itu sama ada dari segi pergerakan mahu pun penghayatan bacaan dalam solat.\rSesungguhnya, sunat menyebut ‘amin’ dalam solat adalah sunat yang sahih seperti sunat lain disyariatkan oleh Islam. Ingin mengetahui rahsia menyebut ‘amin’, dapatkan buku hasil karya Husain bin Qasim bin Muhammad.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054472 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list