CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

Gaddafi saman NATO

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Tuduh serangan terhadap Libya jenayah perangPARIS: Peguam anak perempuan pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Aisha al-Gaddafi, semalam menuduh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara melakukan jenayah perang apabila serangan udaranya membunuh empat anggota keluarganya akhir April lalu, dengan memfailkan tuntutan saman di Paris dan Brussels.\rSaman itu tidak menamakan sesiapa sebagai defendan tetapi mendakwa serangan bom yang dilakukan Tentera Bersekutu berpejabat di Brussels dan Paris sebagai punca jenayah terbabit.\r\n\n\n\n\rPegawai pendakwa raya negeri berkata, pihaknya sedang meneliti sama ada satu kes boleh diwujudkan dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa minggu.\r\r\n\n\n\n\nTentera Bersekutu diketuai NATO melancarkan serangan udara ke atas Libya di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan matlamat melindungi orang awam daripada tentera Gaddafi. \rSerangan udara  semalam adalah yang paling hebat dengan lebih 60 bedilan dilancarkan di Tripoli menyebabkan 31 terbunuh.\rSalah seorang daripada tiga orang peguam Perancis yang mewakili Aisha, Dominique Atdjian berkata, saman yang dikemukakan di Brussels mendakwa NATO melakukan jenayah perang.\r“Dalam saman yang dikemukakan di Paris, Aisha meminta pihak berkuasa kehakiman di Perancis mengenal pasti identiti dan menghukum mereka yang terbabit dalam serangan 30 April sehingga menyebabkan anak bongsu Gaddafi, Seif al-Arab serta tiga cucunya, terbunuh.\r\n\n\n\n\rSaman itu menyatakan bahawa salah seorang cucu Gaddafi yang terbunuh adalah anak perempuan Aisha.\rWujud laporan bercanggah mengenai sama ada anggota keluarga Gaddafi terbunuh dalam serangan itu. Pegawai Libya berkata, Gaddafi berada di dalam rumah ketika serangan tetapi terselamat.\rSementara itu, Menteri Luar Sepanyol, Trinidad Jimenez berkata, negaranya mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di Benghazi sebagai pemerintah Libya yang sah.\r“Saya berada di sini (Benghazi) hari ini untuk mengesahkan bahawa NTC adalah pemerintah rakyat Libya yang sah,” katanya kepada wartawan.\rNegara lain yang sudah berbuat demikian termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Itali, Qatar dan Jordan. – AP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.329222 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list