CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Kenyataan Dr Rohaya hina hak isteri

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA ingin memberi respons kepada laporan bertajuk ‘Layan macam pelacur; Isteri dingin diranjang punca lelaki cari kepuasan di luar’ yang disiarkan pada 5 Jun lalu. \rKenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed itu amat memeranjatkan dan membuat saya tertanya-tanya apakah konsep bagi sebuah perkahwinan yang berjaya hanya bersandarkan kepada kepuasan seks suami semata-mata? \r\n\n\n\n\r  Perasaan saya juga amat terganggu dengan kenyataan beliau yang menyatakan seorang isteri hendaklah melayan suami seperti pelacur kelas pertama yang pada pandangan saya beliau  meletakkan maruah seorang isteri di hujung kaki suami sedangkan martabat perempuan atau isteri jelas diangkat  dalam al-Quran.\r \r\n\n\n\n\n  Saya ingin merujuk kepada sepotong ayat al-Quran 2:187 ‘….Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.’ Ayat di atas  dinyatakan dengan jelas bahawa suami  dan isteri mempunyai hak sama dalam hubungan seksual mereka. \rIni bercanggah dengan kenyataan Dr Rohaya bahawa isteri yang taat harus memberi layanan seperti pelacur kelas satu bagi mengelakkan suaminya mencari keseronokan di luar. \rSaya juga ingin memberikan respons mengenai kenyataan keduanya yang berbunyi ‘Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual….’ \rTerdapat sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullallah SAW dalam rumah tangga? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing.’\r\n\n\n\n\rSaya ingin membawa pembaca ke alam realiti di Malaysia di mana isteri dipertanggungjawabkan membuat kerja rumah sedangkan mereka mempunyai kerjaya. Sudahlah berhempas pulas membantu suami mencari rezeki, kini isteri dipersalahkan pula jika tidak dapat memberi layanan seksual kelas satu terhadap suami. \rKenapa tidak suami  yang mempunyai nafsu besar itu menjaga nafsunya dan memperbanyakkan ibadat di samping berbincang dengan isteri bagi menyelesaikan masalah seksualnya? \rKenapa kesalahan suami harus dipikul oleh isteri? Kenapa isteri perlu melakukan apa saja untuk memenuhi keinginan suami?  Tolong berpijak di bumi yang nyata. \rNOORUL,Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055209 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list