CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Nilai projek usahasama awam-swasta cecah RM60b

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
UNIT Kerjasama Awam Swasta (UKAS) menjangka nilai pelaburan projek kerjasama awam-swasta menerusi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) akan mencecah RM60 bilion tahun ini berdasarkan prestasi memberangsangkan yang dicatat pada lima bulan pertama pelaksanaan pelan jangka panjang itu.\rKetua Pengarahnya, Datuk Dr Ali Hamsa, berkata nilai pelaburan projek kerjasama awam swasta sehingga Mei berjumlah RM40 bilion yang mengatasi sasaran untuk sepanjang tahun ini iaitu RM30 bilion.\r\n\n\n\n\r  Katanya, ia menunjukkan prestasi yang menggalakkan dari segi pelaburan swasta dan pembabitan pihak berkenaan dalam projek kerjasama itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Pelaburan RM40 bilion itu termasuk pelaburan domestik dan asing yang berkaitan dengan projek sektor awam,” kata beliau kepada media pada sidang media mengenai \"Rancangan Malaysia Kesepuluh: Setahun Selepas Pengumuman Perdana Menteri\" di Putrajaya, kelmarin. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.\rBeliau berkata, antara projek utama yang dilaksanakan adalah pembangunan Universiti Perdana dengan kerjasama John Hopkins Universiti School of Medicine dan Royal College of Surgeon Ireland (RM2 bilion) dan beberapa lebuh raya bertol, antaranya Lebuh Raya Pantai Barat (RM7.68 bilion), Lebuh Raya Ampang-Pandan Cheras (RM3.8 bilion) dan Lebuh Raya Guthrie-Damansara (RM2.94 bilion).\rManakala, antara projek utama dalam perancangan untuk baki tahun ini adalah pembinaan enam kampus Universiti Teknologi Mara dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.8 billion, katanya.\rBeliau menambah, elemen baru yang diperkenalkan dalam RMKe-10 iaitu Dana Mudah Cara turut mendapat sambutan yang sangat memuaskan di kalangan pelabur swasta.\r\n\n\n\n\rDana itu katanya, berfungsi sebagai pendorong kepada pelaksanaan projek kerjasama awam swasta dengan menyediakan peruntukan dan geran kepada pelabur swasta yang berdepan masalah dari segi kewangan untuk memulakan projek masing-masing.\rDalam RMKe-10, kerajaan memperuntukkan   RM20 bilion untuk Dana Mudah Cara bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan projek kerjasama awam swasta dan merapatkan jurang daya maju pelabur swasta dalam melaksanakan projek bernilai tinggi. – BERNAMA\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045341 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list