CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Janin berhak mewarisi harta pusaka

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Islam tetapkan dua  syarat  pewarisan  bagi menjamin hak, keadilanSIRI kali ini membincangkan persoalan adakah janin tersenarai sebagai waris berhak ke atas harta pusaka? Janin menurut istilah fuqaha adalah janin yang dikandung dalam perut ibunya, sama ada lelaki atau perempuan. \rHak bagi janin ini diberi penekanan dalam Undang-Undang Pusaka Islam sebagai satu sistem yang syumul bagi menjamin hak dan keadilan kepada mereka. Fuqaha’ bersepakat, janin berhak mewarisi harta pusaka pewarisnya yang meninggal dunia bersama ahli waris yang lain. \r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, pewarisan janin tertakluk kepada dua syarat iaitu janin itu sudah wujud dalam kandungan ibunya ketika  kematian pewaris. Ini bermakna, ketika pewaris meninggal dunia, si ibu telah disahkan mengandung sama ada sehari, seminggu, sebulan, dua bulan atau seterusnya. \r\r\n\n\n\n\n  Janin itu dilahirkan dalam keadaan hidup dan selamat walaupun beberapa saat. Bagi menyokong perkara ini, ada  sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Apabila seorang bayi sudah menangis, maka ia berhak mendapatkan warisan.” (Hadis riwayat Abu Daud, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah) \rSabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Apabila bayi yang baru keluar dari rahim ibunya menangis (kemudian mati), maka hendaklah disolatkan dan berhak mendapatkan warisan.” (Hadis riwayat An-Nasa\'i dan Tirmidzi) \rUndang-Undang Pusaka Islam mengenal pasti beberapa tanda menunjukkan janin yang dilahirkan itu hidup, seperti menangis, menyusu, bernafas dan bergerak anggota badannya.\rBagaimanapun, fuqaha’ mempunyai pendapat berbeza sama ada seluruh badan janin itu perlu dilahirkan dalam keadaan hidup atau sebahagian besarnya saja. \r\n\n\n\n\rMazhab Shafie, Maliki dan Hanbali mensyaratkan janin itu hendaklah dilahirkan dengan seluruh badannya dalam keadaan hidup. Jika sebahagian saja dilahirkan hidup dan kemudian meninggal dunia maka dia tidak berhak mewarisi harta pusaka sekalipun kelahiran itu diikuti dengan tangisan.\rSelepas memenuhi syarat itu, janin berhak mewarisi harta pusaka dan bahagian harta yang sepatut diwarisi perlu disimpan hingga kelahirannya. Berdasarkan  jumhur fuqaha’, harta pusaka boleh dibahagikan sebelum kelahiran janin, dan bahagian paling maksimum perlu disimpan sama ada lelaki atau perempuan. \rBagaimanapun, menurut mazhab Maliki, harta pusaka tidak boleh dibahagikan hinggalah janin itu dilahirkan. Ulama faraid pula menjelaskan hukum khusus secara terperinci berkaitan hal janin dengan mengambil kira pelbagai pertimbangan demi menjaga hak ahli waris yang ada.\rAda  perbincangan mengenai situasi berbeza bagi janin dalam kaitannya dengan hak mewarisi iaitu: \rJika janin tidak tersenarai sebagai ahli waris berhak ke atas harta pusaka si mati dalam keadaan apa sekalipun, maka harta pusaka si mati perlu dibahagikan dalam kalangan ahli waris berhak mengikut perkiraan yang telah ditentukan terlebih dulu tanpa menunggu janin dilahirkan. \rContohnya, si mati meninggalkan seorang isteri, ayah dan ibu. Ibunya telah berkahwin lain dan sedang mengandungkan anak kepada ayah tiri si mati. Maka kandungannya tidak tersenarai sebagai ahli waris dan harta pusaka si mati mesti dibahagikan tanpa menunggu janin dilahirkan;\rJika janin adalah ahli berhak terhadap harta pusaka si mati, dengan syarat janin dilahirkan dengan sesuatu jantina bersesuaian, harta pusaka itu hendaklah dibekukan hingga kelahiran janin.\rContohnya, si mati meninggalkan isteri dan bapa saudara kandung dan isteri saudara lelaki yang sedang hamil. Maka isteri si mati akan mendapat 1/4, dan bakinya 3/4 perlu dibekukan hingga janin yang ada dalam kandungan itu lahir; \rJika janin adalah lelaki, maka dialah yang berhak untuk mendapatkan seluruh baki harta dibekukan tadi kerana anak lelaki dari saudara kandung lebih penting daripada  bapa saudara kandung. Tetapi jika janin perempuan, maka bapa saudara kandung adalah waris berhak ke atas baki harta itu;   \rJanin adalah ahli waris dalam apa juga keadaan, maka kita perlu membekukan harta pusaka dengan bahagian maksimum.\rContoh paling mudah adalah si mati meninggalkan isteri yang sedang mengandung, ibu dan ayah. Isteri mendapat 1/8, ibu 1/6 dan ayah 1/6. Selebihnya perlu dibekukan hingga janin dilahirkan. Jika anak lelaki, maka baki harta adalah milik anak. Jika perempuan, maka harta perlu dibahagikan iaitu isteri 1/8, ibu 1/6, anak perempuan (terdahulu janin) ½ dan baki harta adalah milik ayah sebagai asabah; \rBahagian janin tidak berubah sama ada anak dilahirkan  lelaki atau perempuan, maka pentadbir boleh menyimpan bahagian itu sementara pembahagian harta pusaka selebihnya boleh dibahagikan kepada waris berhak dengan sempurna; dan \rApabila tidak ada ahli waris lain selain janin dalam kandungan, atau ada ahli waris lain,  tetapi terhalang haknya disebabkan adanya janin, maka dalam keadaan seperti itu, pembahagian harta pusaka si mati hendaklah ditangguhkan hingga janin dilahirkan.\rDalam situasi ini, jika janin dilahirkan dengan selamat dan hidup, seluruh harta pusaka menjadi miliknya. Namun,  jika janin dilahirkan dalam keadaan mati, maka harta itu akan diwarisi ahli waris berhak yang lain.\rHak mewarisi bagi janin sudah dibincangkan dalam dasar umum Undang-Undang Pusaka Islam yang dibina atas asas kukuh, tidak wujud dalam sistem pusaka lain. Dasar ini ciri utama kepada Undang-Undang Pusaka Islam.\rAhli waris yang syumul ialah ahli waris yang berhak menerima pusaka merangkumi semua ahli waris atau kerabat, sama ada kecil atau besar, tua atau muda, kaya atau miskin dan janin dalam kandungan ibu juga diberi hak dalam pusaka.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.293422 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list