CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

Media elektronik diminta untuk hebahkan maklumat tarif elektrik baru

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Pengamal media elektronik diminta untuk \"menyebarkan maklumat tentang kenaikan tarif elektrik\", menjelaskan kewajaran di sebaliknya kepada khalayak ramai.  Seorang pengamal media yang enggan namanya dilaporkan, memberitahu MerdekaReview bahawa \"pihak berkenaan\" yang telah merasai bahang rungutan rakyat itu, kini berharap agar media berkata sesuatu yang baik untuk dirinya.Media elektronik, termasuk stesen televisyen dan radio, menerima surat rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertarikh 7 Jun 2011.  Dalam surat tersebut, pengamal media diminta kerjasama untuk \"menghebah dan mewar-warkan maklumat tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad\", yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.Pengamal media mengesahkan khabar ini kepada MerdekaReview, bahawa SKMM bukan bermakna untuk \"membuat iklan\" dalam stesen televisyen mahupun radio, sebaliknya hanya meminta agar \"PSA\" (Public Service Annoucement) disiarkan di celah-celah antara rancangan - seolah-olah untuk berkata sesuatu yang baik untuk pihak TNB/Kerajaan.Menurut sumber, ini bukan kali pertama pihaknya diminta untuk menyebarkan maklumat bagi pihak kerajaan, malah mereka pernah diminta untuk berhenti memainkan isu-isu tertentu.  Beliau menganggap \"permintaan\" yang \"wajib\" ini sesungguhnya akan mencungkil ketidakpuasan.Kerajaan persekutuan mengumumkan kenaikan tarif secara purata pada kadar 7.12%, iaitu dari RM31.31/kWh kepada RM33.54/kWh.  Kerajaan menjelaskan bahawa kenaikan 7.12% itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.Yang berikut adalah surat rasmi yang ditujukan kepada media elektronik:MOHON SIAR PSA KADAR TARIF BARU TENAGA NASIONAL BERHADAdalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.2. Dimaklumkan bahawa Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan kadar tarif elektrik baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkuat kuasa 1 Jun 2011.  Sehubungan dengan ini, TNB memohon kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memaklumkan pelaksanaan kadar tarif elektrik baru tersebut.4. Oleh yang demikian, selaras dengan syarat lesen khas mengenai layanan kepada kerajaan, diminta kerjasama pihak puan untuk menghebah dan mewar-warkan maklumat tersebut kepada penonton dan pendengar stesen-stesen kendalian pihak puan.  Bersama-sama ini dilampirkan teks hebahan dan rerayap televisyen untuk tindakan segera pihak puan.Sekian, terima kasih.Yang benar,ZULKARNAIN MOHD YASINPemangku Pengarah KananJabatan Pemantauan Industri dan PenguatkuasaanB/P Pengerusi*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut. disunting dan diterjemah dari teks asal.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 1.157688 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list