CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Perbanyak usaha sama tangani jenayah

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA berpendapat lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menangani kekerapan kejadian jenayah di negara ini melalui penguatkuasaan undang-undang efektif dan lebih banyak pembabitan masyarakat setempat. \rSalah satu isu utama yang perlu kita atasi ialah berkenaan  budaya keganasan yang kini semakin menular di dalam masyarakat kita. \r\n\n\n\n\rPenularan jenayah keganasan ini pastinya bukannya ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat kita. \r\r\n\n\n\n\n  Kita perlu mencari punca masalah serta langkah yang lebih sesuai untuk mengatasinya. Kita kini  menghadapi pelbagai masalah sosial, contohnya, ancaman najis dadah, salah laku juvana dan jenayah selain masalah pembuangan bayi serta   keganasan terhadap kanak-kanak.  \rIni semua adalah penanda penurunan nilai-nilai murni yang jika tidak diatasi dengan berkesan akan menggugat aspirasi kita dalam menjadikan Malaysia negara yang maju. \rDunia kini dibelenggu oleh satu fenomena yang sangat membimbangkan. Di mana juga langkah pemodenan dan pembangunan ekonomi dilakukan, yang menghasilkan taraf kehidupan lebih baik, di situlah munculnya masalah sosial baru. \rApa yang membimbangkan ialah hampir tiada hari lagi yang berlalu tanpa laporan mengenai masalah sosial dan jenayah.  \r\n\n\n\n\rKita perlu mengkaji punca berlakunya jenayah ini dan mencari jalan penyelesaian untuk membendungnya. \rKerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat perlu melaksanakan  program nilai murni bagi mempromosikan kesedaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan dan murni  dalam masyarakat kita. \rKita perlu mendidik anak dan memastikan agar mereka menghargai nilai-nilai murni seperti sifat toleransi, persefahaman, hormat-menghormati orang tua, patuh kepada undang-undang, mempunyai keyakinan diri dan sifat keterbukaan terhadap perbezaan agama, kepercayaan, adat dan budaya. \rTAN SRI LEE LAM THYE,\rKuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.129722 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list