CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Gaddafi cuba dapat RM60 bilion

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Perancis sekat  Greece layan  pemimpin Libya cari jalan keluar konflik\rATHENS: Rejim pemerintah Libya  mengadakan rundingan sulit dengan Greece bagi mendapatkan dana AS$20 bilion (RM60) bilion) yang dibekukan bertujuan membantu dua kumpulan yang terbabit dalam perang saudara di negara itu selain membuka jalan untuk rundingan damai.\r\n\n\n\n\rAkhbar The Independent melaporkan, rundingan diadakan di Tripoli antara kumpulan yang diketuai bekas diplomat yang rapat dengan Perdana Menteri Greece, George Papandreou dan tokoh kanan rejim termasuk Perdana Menteri Libya, Al-Baghdadi Al-Mahmoudi.\r\r\n\n\n\n\nRundingan itu menghasilkan memorandum persefahaman yang tidak dapat ditandatangani, selepas kerajaan Perancis memberi amaran kepada Greece bahawa sebarang persetujuan hanya  mengesahkan kepemimpinan Muammar Gaddafi dan menjejaskan dasar pakatan Barat yang mahu memencilkan beliau.\rSeorang pegawai kanan Libya yang kini berada di luar negara mendakwa wujud ‘permusuhan peribadi antara Presiden Perancis Nicolas Sarkozy dan Emir Qatar dengan Gaddafi’ menyebabkan usaha rundingan damai dan bantuan kemanusiaan terhalang.\rSumber rejim Libya menegaskan, kebenaran untuk menggunakan asetnya bagi bantuan kemanusiaan akan membolehkan satu perjanjian gencatan senjata dicapai, manakala proses penyerahan kuasa oleh   Gaddafi dan pembentukan kerajaan sementara yang disertai pembangkang di Benghazi boleh dimulakan.\r“Kami percaya langkah ini akan membolehkan proses dialog dimulakan. Wang itu kepunyaan Libya tetapi dibekukan bank asing. Cadangan bertujuan menggunakannya untuk faedah semua rakyat Libya.\r\n\n\n\n\r“Memang ada keraguan sama ada Gaddafi akan berundur atau tidak. Sama ada beliau keluar dari Libya atau tinggal di padang pasir, ia akan diputuskan kemudian, tetapi mengenakan  syarat ke atas Gaddafi sebelum rundingan seperti yang dikehendaki Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hanya melambatkan proses perdamaian.\rBeberapa pegawai yang mengambil bahagian dalam rundingan  juga mendakwa pegawai dari Amerika Syarikat mengetahui mengenai perkara itu tetapi enggan memberi sebarang ulasan.\rSetiausaha Negara Amerika Hillary Clinton berkata, beliau sedar mengenai ‘pelbagai tawaran’ dibuat oleh mereka yang rapat dengan Gaddafi untuk membincangkan mengenai pengundurannya, tetapi tidak memberi maklumat lanjut. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.040178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list