CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Peguam Strauss-Kahn cari kelemahan plaintif

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
NEW YORK: Peguam bela Dominique Strauss-Kahn, berhasrat menyiasat pembantu hotel yang mendakwa dicabul bekas Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) bagi mendapatkan bukti wanita itu juga ada masalah peribadi, kata dokumen mahkamah.\rDalam dokumen setebal sembilan muka surat kepada pendakwa, peguam bela memberikan pandangan terhadap strategi dengan senarai permintaan untuk mendapatkan bukti yang dikumpulkan terhadap Strauss-Kahn, yang kini menanti untuk perbicaraan dan berada dalam tahanan rumah selepas diikat jamin AS$6 juta (RM18 juta).\r\n\n\n\n\r  Memetik maklumat sensitif berkenaan, mereka juga meminta pendakwa dilarang mendapatkan emel dan pesanan telefon serta iPad yang dirampas daripada Strauss-Kahn selepas ditahan dalam pesawat Air France dari New York ke Paris pada 14 Mei.\r\r\n\n\n\n\n  Permintaan untuk mendapatkan dokumen sudah difailkan Isnin dengan Hakim Michael Obus, hari yang sama Strauss-Kahn mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan jenayah seks termasuk cubaan merogol wanita berusia 32 tahun yang mencuci  suite beliau di Hotel Manhattan Sofitel.\rSatu permintaan ialah mendapatkan bukti bahawa tiada saksi pendakwa ‘menderita sebarang kekurangan fizikal dan mental, gangguan emosi, penagihan dadah atau alkohol.’\rPeguam bela, William Taylor dan Benjamin Brafman, juga menuntut untuk mengetahui sama ada saksi pendakwa mempunyai masalah imigresen atau meminta bayaran menerusi saman sivil.\rWalaupun tiada sebarang rujukan kepada pekerja hotel itu pendatang dari Afrika barat, permintaan peguam bela jelas menunjukkan mereka mahu menjejaskan kredibiliti saksi dan mendakwa sebarang perlakuan seks adalah persetujuan bersama.\r\n\n\n\n\rPakar perundangan berkata, peguam bela yang diketuai  Brafman, akan menerjah sebarang cubaan oleh pembantu itu untuk mendapatkan pampasan daripada jutawan berkenaan kerana ia mungkin membuka peluang kepada mangsa mendapatkan kewangan dengan membuat tuduhan palsu. –  AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.887495 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list