|
Aktres mahu lakonan diingati peminat\rMUMBAI: Aktres Bollywood, Tanushree Dutta, dilaporkan lebih berhati-hati memberi persetujuan kepada mana-mana projek hingga membuat resolusi mengelak bekerja di bawah pengarah baru.\r\n\n\n\n\r Aktres terbabit yang berlakon dalam Aashiq Banaya Aapne, Choclate: Deep Dark Secrets dan Saas Bahu Aur Sensex memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pengarah yang kali pertama mengarah filem, selepas ini.\r\r\n\n\n\n\n Ditanya mengapa beliau mengambil keputusan itu, dia berkata: “Saya sudah mencapai satu tahap dalam karier apabila saya melakukan banyak genre filem.\r“Misalnya, tahun lalu, empat daripada filem saya disiarkan iaitu Ramaa: The Saviour, Apartment, Theeradha Vilaiyattu Pillai dan Rokkk.\r“Filem Tamil berkenaan mendapat sambutan hangat tetapi yang lain tenggelam hingga tidak langsung diingati. Pengkritik menghargai kerja saya tetapi kebanyakan filem saya tiada publisiti.\r“Saya suka apabila kerja saya dihargai tetapi akhirnya angka box-office yang menjadi penting. Sekarang saya memutuskan untuk menjadi lebih memilih mengenai projek yang akan saya tandatangani. \r“Resolusi pertama saya ialah saya mahu mengelak bekerjasama dengan pengarah yang pertama kali mengarah.”\r“Saya pendatang baru ketika itu. Tetapi, kini kerjaya saya sebagai pelakon profesional sudah terbukti dan saya mahu bekerjasama dengan pengarah yang boleh memberi saya ilmu. Malah, jika perlu bekerja dengan pendatang baru, beliau mungkin ada pengalaman dalam siri televisyen,” katanya ketika ditanya mengenai filem pertamanya, Aashiq Banaya Aapne yang dihasilkan pengarah baru, Aditya Dutt. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|