CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Tan Chong Group sasar Myanmar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat  mahu kukuh lagi operasi di Indochina\rTAN Chong Group menyasarkan Myanmar untuk mengembangkan perniagaan automotifnya dan mengukuhkan lagi operasinya di Indochina, kata Penasihat Kanan Kumpulannya, Datuk Cheah Sam Kip.\r\n\n\n\n\r  \"Kami akan memulakan perniagaan kami di Myanmar dengan pusat perkhidmatan automotif dan ia akan menjadi batu loncatan untuk membangunkan perniagaan lain di negara itu,\" katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan dua kenderaan Nissan kepada Zoo Negara, di Kuala Lumpur, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n  Cheah berkata, permohonan kepada kerajaan Myanmar sudah diserahkan dan ia kini sedang menunggu kelulusan.\rKumpulan itu yakin mendapat kelulusan tahun ini, katanya.\rBeliau berkata, Indochina akan menjadi tumpuan utama Tan Chong Group untuk mengembangkan operasinya berikutan landskap automotif yang kompetitif di Malaysia, sambil menambah kumpulan itu juga sudah memulakan pelan pengembangan agresif di Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.\rTan Chong Group, yang terdiri daripada Tan Chong Motor Holdings Bhd, Warisan TC Holdings Bhd dan APM Automotive Holdings Bhd, telah berkembang daripada pengedar kereta penumpang kepada pengeluar kereta, pengeluar dan pengedar alat ganti serta perniagaan kelengkapan industri berat dan perkhidmatan selepas jualan.\r\n\n\n\n\rPada majlis kelmarin, Tan Chong Group juga secara rasminya menjadikan burung botak upeh sebagai burung angkatnya yang mana burung berkenaan  dikategorikan sebagai spesies yang terdedah kepada bahaya oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi dan Hidupan Burung Antarabangsa.\rZoo Negara membiak dan melepaskan ke hutan Malaysia lebih 200 burung itu daripada hanya 10 yang dikesan masih hidup sebelum ini.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.039833 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list