View: 120|Reply: 0
|
Pendakwa ICC harap rakyat tangkap Gaddafi
[Copy link]
|
|
MADRID: Pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Luis Moreno-Ocampo berkata beliau berharap pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan ditangkap rakyatnya sendiri dalam beberapa minggu lagi di atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan.\r“Kami sangat berharap waran tangkap (untuk berdepan tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan) akan diserahkan kepada Gaddafi dan beliau akan ditangkap oleh rakyatnya,” katanya ketika memberitahu akhbar harian Sepanyol, El Mundo.\r\n\n\n\n\rMoreno-Ocampo berkata beliau yakin panel hakim ICC akan membuat keputusan yang memihak kepada tangkapan Gaddafi dalam beberapa minggu lagi.\r\r\n\n\n\n\n“Kami beranggapan Gaddafi akan ditangkap rakyatnya, iaitu anggota rejimnya sendiri dan jika bukan anggota rejimnya, mungkin ia akan dilakukan oleh pemberontak Majlis Peralihan Kebangsaan,” katanya.\rBulan lalu, pendakwa ICC itu berkata beliau berusaha mendapatkan waran tangkap terhadap tiga orang yang didakwanya bertanggung jawab terhadap jenayah kemanusiaan, iaitu Gaddafi, anaknya Seif Al-Islam dan ketua risik Libya, Abdallah Al-Senoussi.\rTimbalan Menteri Luar Libya Khaled Kaaim, berkata Tripoli tidak bimbang terhadap keputusan ICC berikutan negara Arab itu bukan anggota Statut Rome yang menubuhkan mahkamah antarabangsa terbabit. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|