CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

Kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai ketidakadilan kenaikan pangkat di antara Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dengan Pegawai Teknikal.\rPegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) didapati boleh melompat pangkat dengan begitu senang. Skim M ini terletak di bawah perkhidmatan sama dan berada terus di bawah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). \r\n\n\n\n\r  Lazimnya pegawai PTD yang berkhidmat dalam tempoh lima hingga enam  tahun sudah berada di Gred 48, sedangkan pegawai teknikal yang berkhidmat lebih 10 tahun masih di Gred 41. Kenapa boleh jadi begitu? \r\r\n\n\n\n\n  Adakah pegawai teknikal tidak menyumbang ke arah pembangunan negara?\rJangan jadikan alasan pegawai teknikal terletak di bawah skim bukan guna-sama, maka kenaikan pangkat mereka terhad. \rAlasan sedemikian sepatutnya tidak boleh dikeluarkan oleh pembuat dasar kerajaan. Apakah  sistem PROSPEK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan akan berlaku adil kepada semua penjawat awam? \rBagi pegawai bukan guna-sama yang lulus semua ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pada sistem sebelum ini, adakah mereka akan dinaikkan gred? Persoalan ini perlu dijawab oleh JPA.\rSaya juga mengesyorkan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan melihat isu ini dengan teliti. Apabila memperjuangkan hak kakitangan kerajaan, jangan tertumpu pada Gred 1 hingga 40 saja dan perlu meluaskan skop pemikiran anda. \rANTI DISKRIMINASI,\rKuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.530581 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list