CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

Wanita Kuwait bakar khemah kenduri kahwin suami dihukum mati

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MANAMA: Mahkamah Tinggi Kuwait menyokong hukuman mati terhadap seorang wanita yang dituduh membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan keduanya sehingga menyebabkan 57 wanita dan kanak-kanak terbunuh.\rAkhbar Gulfnews melaporkan Mahkamah Jenayah mendapati Nasra Al Enezi, 24, bersalah atas tuduhan merancang pembunuhan dan membakar khemah di mana suaminya sedang meraikan perkahwinan kedua.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun, ketika kejadian suami dan bakal madunya tidak berada dalam khemah yang dibakar. Mengikut tradisi negara itu, wanita meraikan perkahwinan tanpa kehadiran lelaki.\r\r\n\n\n\n\n  Wanita itu pada awalnya berkata beliau mahu membalas dendam terhadap suaminya kerana mahu berkahwin lain. \rBeliau kemudian mendakwa yang beliau marah dengan kakak iparnya. Bagaimanapun, beliau kemudian menafikan tuduhan itu dan berkata pengakuan dibuat atas paksaan dan ancaman.\rWanita itu mendakwa yang beliau turut kehilangan bayinya selepas diberi pil khas oleh pekerja penjara yang juga saudara suaminya.\rHukuman mati itu disokong Mahkamah Rayuan.\r\n\n\n\n\rNasra adalah wanita kedua  menerima hukuman mati. Pada Mac 2005, seorang wanita Kuwait dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah. \rBagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda hukuman itu kepada 15 tahun penjara pada Februari 2006 dan permohonannya untuk pengurangan hukuman ditolak Mahkamah Tinggi pada 2007. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.046695 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list