View: 208|Reply: 0
|
Juruhebah radio maut kena tembak
[Copy link]
|
|
MANILA: Seorang pengulas radio yang lantang ditembak mati semalam ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di selatan Filipina, menjadi wartawan keempat dibunuh tahun ini di negara yang mempunyai rekod teruk dalam mendakwa pembunuh.\rDua saksi yang membawa mayat dipenuhi darah, Romeo Olea ke hospital berkata mereka mendengar tembakan dan melihat motosikal juruhebah radio itu terjatuh di kawasan sunyi di lebuh raya, kata Superintendan Ronald Briones.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata saksi tidak melihat siapa yang melepaskan tembakan di bandar Iriga di wilayah Camarines Sur itu.\r\r\n\n\n\n\n Briones berkata pembunuhan pengulas radio berusia 49 tahun itu yang bekerja dengan stesen radio wilayah DWEB-FM berkait rapat dengan kerjanya. Isteri Olea memberitahu polis yang suaminya menerima ancaman bunuh.\rFilipina adalah negara berbahaya bagi wartawan. Ia berada dalam kedudukan ketiga dalam senarai oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan dengan jumlah pembunuhan anggota media yang tinggi dengan pendakwaan sangat rendah. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|