CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84|Reply: 0

Kem Bijak TaHa bermanfaat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
MARANG: Keberkesanan dan manfaat Kem Bijak TaHa anjuran Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Berita Harian yang dianjurkan sejak tahun lalu menarik kepercayaan dan minat untuk ibu bapa terus menghantar anak mereka menyertai kem berkenaan yang diadakan pada musim cuti sekolah. \rBuktinya, Kem Bijak TaHa Wilayah Timur yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 Jun di sebuah resort di sini, menarik penyertaan bukan saja peserta daripada negeri jiran seperti Kelantan dan Pahang, tetapi juga sejauh Johor dan Melaka.\r\n\n\n\n\r   Malah, penganjurannya yang sebelum ini dihadkan kepada 150 orang kerana tempat yang terhad, menyebabkan penganjur terpaksa menerima penyertaan luar jangka dengan hampir 200 peserta mengambil bahagian dalam kem itu.\r\r\n\n\n\n\n   Seorang peserta, Husna Nabila Wahab, 12, dari Mersing, Johor, berkata penyertaan kali pertamanya ke kem berkenaan bermula selepas kedua ibu bapanya melihat iklan mengenai kem berkenaan di dalam akhbar Berita Harian.\r\"Selepas melihat iklan kem itu akan diadakan di sini (Marang), ayah terus mencadangkan kepada ibu supaya kami sekeluarga pulang ke kampung di Kampung Tebakang, Bukit Payong, pada cuti sekolah ini dan dalam masa sama ayah mahu saya menyertai kem ini.\r\"Kata ayah, anak beberapa rakan sekerjanya pernah menyertai kem ini dan mereka menunjukkan perubahan ketara terutama motivasi diri untuk belajar. Mungkin disebabkan itu ayah mahu saya menyertai kem ini,\" katanya.\rKatanya, selepas menyertai kem itu, dia semakin bersemangat untuk belajar, malah keyakinan dirinya kian meningkat berbanding dulu yang mana dia dikenali sebagai seorang murid yang pendiam dan pasif di dalam kelas.\r\n\n\n\n\r\"Guru yang mengajar kami sepanjang kem ini sangat baik dan pandai mengenal pasti kelemahan setiap peserta untuk diperbaiki. Malah, aktiviti yang disediakan seperti sesi \'ice-breaking\', motivasi, bijak Sains, riadah, bijak solat, Qiamullail, cabaran IQ dan permainan berkumpulan sangat menarik dan bermanfaat,\" kata murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Bandar Endau.\rAbdul Hakim Abd Halim, 11, dari Bentong, Pahang, berkata, bapanya sanggup menghantar dia menyertai kem berkenaan walaupun agak jauh kerana mahu dia mendapat manfaat daripada program yang semakin menjadi buah mulut ramai lantaran keberkesanannya meningkatkan motivasi pelajar.\r\"Seronok menyertai kem ini kerana selain aktivitinya yang menarik, saya juga dapat berkenalan dengan ramai kawan baru dan bertukar-tukar alamat laman sosial \'facebook\' supaya persahabatan yang terjalin tidak terkubur di situ saja,\" katanya.\rSeorang peserta tempatan, Nurul Mimi Wahidah Aziruddin, 12, berkata dia seronok dapat berkenalan dan bergaul dengan ramai rakan baru, sekali gus membuka mindanya apabila berkawan dengan rakan dari negeri lain.\r\"Saya gembira kerana dapat bertukar-tukar cerita dan pendapat dengan mereka. Saya juga seronok menyertai kem ini kerana banyak aktiviti menarik. Antara pengisian yang paling saya suka ialah cabaran IQ dan English kerana ia mengasah bakat dan ketajaman minda,\" kata Nurul yang belajar di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.\rSementara itu, Pengurus Kanan Khidmat Pelanggan (Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi) TH, Noor Azmima Ismail, berkata sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka untuk menyertai kem itu mendorong penganjur menambah sesi penganjuran kem daripada dua pada tahun lalu kepada enam tahun ini.\r\"Alhamdulillah, selaku penganjur bersama Berita Harian, kami sangat berbesar hati dengan kepercayaan daripada kalangan ibu bapa yang mahu anak mereka menyertai kem ini dan kita merancang untuk memperbesar dan memperhebatkan lagi pelaksanaan kem ini pada masa depan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,\" katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.122917 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list