CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 92|Reply: 0

AMK: PERKASA tidak faham hak asasi manusia

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpendapat bahawa PERKASA dan Konsesus Bebas tidak faham tentang konsep Hak Asasi Manusia, malah bebal terhadap Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak bersuara, berkumpul serta berpersatuan.PERKASA telah memutarbelitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai sesuatu tindakan yang mengacau.  Fokus dan matlamat Bersih 2.0 sengaja dialihkan dengan ancaman PERKASA yang akan menganjur pertembungan dan \"lawan habis-habisan\" pada Julai 9.Sebenarnya perhimpunan aman yang akan dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya dan Adil adalah sah dari segi jurisprudensi serta masyarakat di Malaysia.  Perhimpunan BERSIH adalah satu usaha yang rasional serta aman di mana rakyat pelbagai kaum yang menyertai usaha tersebut hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara serta mengikuti pendidikan sivik yang penting.Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi sistem pilihanraya yang lama dimanipulasi.  Pelbagai masalah serius seperti senarai pengundi yang mengandungi pengundi hantu, mengundi lebih sekali, undi pos yang bermasalah, tiada liputan adil oleh media dan sebagainya masih berleluasa dan tiada tindakan reform yang sebenar dijalankan.Maka, AMK menyeru agar PERKASA dan Konsesus Bebas untuk memberi kerjasama serta sokongan kepada tuntutan BERSIH 2.0 untuk pendemokrasian Malaysia.  Sebarang tomahan yang dilemparkan ke atas Perhimpunan BERSIH atau usaha untuk pertembungan dengan BERSIH adalah tidak wajar serta tidak bijaksana.Perhimpunan BERSIH tidak patut dilabel sebagai aktiviti yang merosakkan ketenteraman dan keharmonian masyarakat.  Aktiviti ekonomi masyarakat juga tidak akan terjejas dengan adanya perhimpunan BERSIH.Perhimpunan dan perarakan yang aman adalah perkara biasa di banyak negara demokrasi yang maju, malahan tidak perlu memburukkannya.  Aktiviti seperti demonstrasi atau perhimpunan hanya merupakan satu proses biasa untuk menyampaikan suara rakyat kepada pihak yang berkuasa.Oleh itu, AMK berharap pihak polis akan bertindak profesional dengan memberi permit kepada Perhimpunan BERSIH.  AMK percaya dengan kerjasama yang erat di antara pihak polis serta BERSIH, maka satu perhimpunan yang aman serta bertanggungjawab akan dijalankan dengan lancar.Matlamat perhimpunan BERSIH untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik, adil dan bersih akan dicapai dengan berjayanya penghantaran memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong*Kenyataan media oleh Lee Khai Loon (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.057705 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list