CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Semai bunga raya untuk Selamatkan MerdekaReview

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
\"Revolusi Bunga Raya\" di Parlimen?  Ahli parlimen Bakri-DAP, Er Teck Hwa membawa \"semai bunga raya\" untuk dijual kepada ahli parlimen, menyebarkan mesej bahawa media internet bebas, MerdekaReview kini dilanda krisis kewangan dan memerlukan bantuan dana.Er Teck Hwa sebelum ini mengadakan jualan amal \"semai bunga raya\" di kawasan parlimennya, sebagai kutipan derma untuk MerdekaReview yang dilanda krisis kewangan.  Beliau berjaya mengutip RM3,500, diserahkan cek itu kepada wartawan MerdekaReview, Ong Vic Kee dalam sidang media di lobi parlimen, semalam.Er Teck Hwa kemudian menjual semai bunga raya kepada ahli parlimen, dan disahut oleh ahli parlimen Taiping-DAP, Nga Kor Ming dengan derma RM1000.  Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menyahut jualan amal ini termasuklah Teresa Kok (Seputeh-DAP), Fong Kui Lun (Bukit Bintang-DAP), Fuziah Salleh (Kuantan-PKR), Mahfuz Omar (Pokok Sena-PAS), Hatta Ramli (Kuala Krai-PAS), Khalid Samad (Shah Alam-PAS).Timbalan Presiden MCA merangkap Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai menjadi satu-satunya ahli parlimen Barisan Nasional yang menyahut seruan Er Teck Hwa.MerdekaReview pada asalnya berhenti operasi pada akhir Mei 2011, selepas penaja berhenti untuk menyuntik dana.  Bagaimanapun, selepas staf MerdekaReview melancarkan kempen \"Selamatkan MerdekaReview\", kami telah mendapat sokongan umum - sama ada dalam dermaan dana secara terus, mahupun pertunjukan amal untuk mengutip dana.Setakat ini, MerdekaReview telah mengutip kira-kira RM200,000 (Senarai penderma).  Kami menyasarkan matlamat RM300,000 - untuk menampung kos perbelanjaan selama enam bulan, bagi pejabat yang mempunyai 10 orang staf.  Kami memerlukan kira-kira RM60,000 sebulan untuk perbelanjaan termasuk pembayaran gaji, bayaran untuk kolumnis, sewa pejabat, peralatan sokongan teknikal dan sebagainya.  Kami merancang untuk mengurangkan perbelanjaan kepada RM40,000 sebulan selepas tiga bulan, dan RM 300,000 membolehkan kami untuk melanjutkan hayat selama enam bulan (RM60 ribu x 3 bulan + RM40 ribu x 3 bulan). MerdekaReview bermula dengan edisi bahasa Cinanya pada tahun 2005, dan kini mempunyai tujuh orang wartawan dan editor, termasuk seorang jurugambar dalam bilik editorial. Edisi bahasa Melayu pula dibuka pada tahun 2009, dengan hanya seorang Editor yang mengendalikannya.  Dua orang lagi staf bertanggungjawab untuk bahagian operasi, pentadbiran pejabat dan pemasaran.Dalam enam bulan ini, MerdekaReview akan mencari pelabur baru, supaya MerdekaReview boleh beroperasi untuk jangka panjang.  Proposal bisnes telah disediakan dan kami mengalu-alukan pelabur yang berminat untuk melabur di MerdekaReview.Baca: Jom labur di MerdekaReview untuk melakar masa depan! Baca: Nurul tetamu persembahan untuk Selamatkan MerdekaReviewBaca: Selamatkan MerdekaReview!

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067119 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list