CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

Kerajaan mesti tegas keluar sijil halal kepada produk diragui

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dan bimbang dengan pendedahan  mengenai pelbagai produk makanan  digunakan  umat Islam mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.燶rTerbaru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan keputusan oleh Jabatan Kimia Malaysia yang menguji sampel produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce mengesahkan ada DNA babi. Laporan akhbar hari ini menyatakan semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarah menukarkannya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan DNA babi dalam produk itu. \r\n\n\n\n\r  Bagi umat Islam, sebarang isu  berkaitan persoalan halal haram perlu diambil serius, kerana ia sesuatu yang amat sensitif kepada mereka. CAP juga menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan menguji sampel produk berkaitan dengan sos selain  jenama berkenaan kerana begitu banyak sos  dikeluarkan dalam negara atau  dari luar negara.\r\r\n\n\n\n\n  Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana sos digunakan dalam masakan di rumah dan juga di kedai, restoran dan gerai makanan terutama makanan ala-Barat.\rMelalui pembangunan teknologi makanan, pemprosesan makanan menjadi semakin kompleks dan pengguna juga mempunyai pelbagai makanan untuk dipilih dan keadaan inilah yang mendedahkan pengguna kepada  makanan yang mungkin mengandungi bahan haram. \rCAP menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  menarik balik segera penjualan dua produk itu  di Malaysia. CAP menggesa rakyat Malaysia  berhati-hati dan menghentikan segera pengambilan sos sehingga kandungannya disahkan halal oleh JAKIM. \rPengguna juga perlu mengelak  mengambil produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage kerana sijil pengesahan halalnya sudah ditarik balik. \r\n\n\n\n燶rS M MOHAMED IDRIS,\rPresiden, \rPersatuan Pengguna Pulau Pinang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.717645 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list