CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

10 novel berentap

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
JANGAN lepaskan peluang untuk mengundi 10 buku bukan cereka bagi merebut carta buku popular dalam Anugerah Pilihan Pembaca Popular - Berita Harian 2011.\rBuku itu ialah Agenda Yahudi Menakluk Dunia oleh Sabaruddin Hussein, Menyangkal Kiamat 2012 (Muhammad Nizam Abd Razak), 10 Terminal Syurga Rumah Tangga (Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood), Jejak Bisnes Rasul (Aizuddinur Zakaria & Dr Mohamed Sulaiman, Murabbi Cinta (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil), Nasib Melayu di Bumi Melayu (Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda (Dr Mohd Asri Zainul Abidin), Secantik Teh Pengubat Letih (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil), Berbunyi Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (Zamri Mohamed & Imran Yusof) dan Indahnya Amalan Doa (Dato’ Ismail Kamus).\r\n\n\n\n\rPembaca boleh mengundi buku pilihan sehingga 17 Julai ini dengan menggunakan borang undian rasmi dalam laman Sastera, Dunia Buku yang terbit setiap Jumaat, selain mendapatkan borang undian di 64 Rangkaian Kedai Buku Popular di seluruh negara.\r\r\n\n\n\n\nPenganjuran anugerah ini adalah bersempena Pesta Buku POPULAR, Bookfest@Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada minggu terakhir Ramadan dan menginjak hingga berakhirnya minggu pertama Aidilfitri, 27 Ogos hingga 4 September 2011.\rPastikan pembaca mengundi calon penulis pilihan dengan menghantar borang penyertaan di alamat Popular Book Co (M) Sdn Bhd, No: 8, Jalan 7/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur atau maklumat lanjut hubungi 03-91796333.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.052907 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list