CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Perkhidmatan nombor ISBN semakin lembab

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SELAKU penerbit, saya sering berurusan dengan Pusat Kebangsaan ISBN, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk mendapatkan nombor ISBN. Tetapi sejak akhir-akhir ini perkhidmatannya semakin lembap. Antara masalahnya ialah perkhidmatan mesin faks amat terbatas dengan permohonan dari seluruh Malaysia (faks masuk dan keluar). \rPernah berlaku kami terpaksa faks dokumen yang sama beberapa kali ke PNM dan juga barkod yang difakskan tidak begitu jelas. Kualiti buku menjadi tidak bermutu dan standard. Malah urusan penerbitan buku menjadi lambat dan mengganggu urusan pembekalan dan pengedaran ke kedai buku di seluruh negara. \r\n\n\n\n\rSecara tidak langsung juga ia membantut usaha kerajaan dalam penerbitan buku sehingga 28,000 setahun seperti diumumkan oleh  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim.\r\r\n\n\n\n\nLangkah sebaiknya yang patut dilaksanakan oleh kerajaan terutama PNM adalah dengan menyediakan perkhidmatan permohonan ISBN secara talian (online). Perkhidmatan ini akan menjadi lebih berkesan dan mampu mempercepatkan permohonan.\rHarapan kami selaku penerbit agar perkhidmatan ini menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Kami bersama PNM dan juga menteri berkenaan akan menjadikan Malaysia negara terulung dalam penerbitan buku bagi melahirkan warga Malaysia rakyat yang membaca dan berpengetahuan.\rPENERBIT BERSEMANGAT,\rKuala Lumpur.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.978497 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list