CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 134|Reply: 0

Ombak matahari lebih besar daripada Bumi

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
FLORIDA: Gelombang besar plasma panas yang bergulung di atas permukaan matahari dikatakan bergerak dengan kelajuan setinggi 4.5 juta batu (7.2 juta kilometer) sejam, dedah kajian terbaru. Ombak yang terlalu besar itu sebesar 16 Bumi.\rIni adalah bukti pertama yang jelas mengenai atmosfera rendah matahari mengandungi gelombang magnetsonik sangat laju.\r\n\n\n\n\r  Gelombang laju itu mempunyai halaju 2.3 juta hingga 4.5 juta batu sejam (1,000 hingga 2,000 kilometer sesaat), tempoh dalam lingkungan 30 hingga 200 saat dan lebar ombak itu antara  100,000 hingga 200,000 kilometer, bersamaan jika lapan hingga 16 Bumi disusun di atas satu sama lain.\r\r\n\n\n\n\n  Ahli sains menemui ombak itu dengan alat Pengumpulan Pengimejan Atmosfera, peralatan dalam Pemantauan Dinamik Solar NASA, yang digunakan untuk memantau matahari daripada orbit mengelilingi Bumi. Gelombang besar pada matahari berlaku apabila letusan atau nyalaan permukaan solar menolak plasma panas.\rSaintis sudah memerhatikan gelombang perlahan pada matahari tetapi gerakan pantas ombak yang turut dijangkakan oleh teori, sehingga kini tidak dikesan kerana teleskop angkasa sebelum ini tidak mampu merakam secukupnya imej pantas itu.\r“Ia seperti fenomena biasa,” kata Ketua Fizik di Makmal Astrofizik dan Solar Lockheed Martin, Karel Schrijver di Palo Alto, California dalam satu kenyataan.\r“Walaupun matahari kelihatan tenang, kita lihat puluhan gelombang itu. \r\n\n\n\nWalaupun mekanisme mencetuskan gelombang itu masih dikaji, ia seperti berkait rapat dengan nyalaan solar.”  \rDengan memerhati gelombang ini, ahli sains berharap dapat lebih faham proses fizik solar dan kesannya berdekatan dengan ruang Bumi dan persekitaran angkasa.\r“Penemuan dan analisis ini penting kerana kita menyaksikan fenomena di mana sebelum ini tidak kita sedari,” kata ketua penyelidik di Pengumpulan Imej Atmosfera makmal Lockheed Martin, Alan Title yang kali pertama perasan mengenai kelajuan gelombang itu.\r“Kemuncak penemuan ini ialah lebih banyak kita melihat nyalaan solar, lebih banyak gelombang yang kita lihat dan pemantauan dan analisis ini membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap proses yang terbabit,” katanya. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.168013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list