CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

BERSIH-Melayu lupa maruah diperalat

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
SAYA ingin memberi sedikit pandangan berhubung perhimpunan BERSIH yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini. Saya tidak berminat untuk mengulas sama ada perhimpunan ini wajar atau tidak diadakan, tetapi lebih kepada melihat dan mengkaji reaksi dan corak pemikiran kaum di Malaysia  menangani isu sebegini.\rPerhimpunan ini akan diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia yang juga bukan Melayu, tetapi saya yakin, seperti perhimpunan jalanan lain, boleh dikatakan 90 peratus yang akan menyertainya adalah di kalangan mereka yang berbangsa Melayu.\r\n\n\n\n\r   Walaupun perhimpunan BERSIH  ini ‘memperjuangkan’ isu berkaitan pilihan raya yang juga isu nasional, pembabitan kaum lain adalah amat sedikit.\r\r\n\n\n\n\n  Persoalannya kenapa ini berlaku? Kenapa dalam aktiviti yang dilihat berisiko ini hanya kaum Melayu saja yang terkehadapan. Padahal isu yang diperjuangkan adalah bersifat nasional. Memang tidak dinafikan ada juga golongan bukan Melayu yang terbabit, tetapi peranan mereka hanyalah bersifat di belakang tabir laksana seperti seorang jeneral perang, tetapi tenteranya adalah orang Melayu saja.\rDi sini kita dapat melihat, orang Melayu memang mempunyai sifat ‘keberanian’ yang tinggi apabila mereka ingin memperjuangkan sesuatu. Sama ada perjuangan itu atas dasar yang salah dengan alasan rapuh, jika mereka yakin berada di pihak yang benar, mereka tidak teragak-agak untuk mengambil risiko berhimpun di jalanan. \rBagi kaum lain pula, walaupun mereka menyokong tindakan itu, mereka tidak akan sesekali mengambil risiko ditangkap pihak berkuasa, hilang pekerjaan, cedera dan sebagainya. Alasannya mudah, jika orang Melayu sanggup menggadai keselamatan mereka untuk berhimpun, buat apa menyusahkan diri.\rKalau gagal mereka tidak rugi apa-apa, dan jika tuntutan BERSIH itu berjaya, keuntungannya pergi kepada mereka juga. Sama ada kaum lain itu bijak atau mereka tidak berani, hanya mereka  yang tahu.\r\n\n\n\n\rJika dilihat dari aspek lain, perhimpunan haram BERSIH ini hanya merugikan  orang Melayu. Majoriti yang menyertai BERSIH adalah orang Melayu. Pemuda UMNO dan PERKASA yang turut merancang berhimpun pada hari  sama juga adalah Melayu.\rPihak polis yang bertindak untuk mengawal keadaan pada hari itu juga orang Melayu. Peniaga kecil, pemandu teksi juga Melayu. Kaum lain  tidak rugi apa-apa. \rJika kita lihat dari sudut positif sifat orang Melayu ini, sama ada penyokong BERSIH, pemuda UMNO, PERKASA serta NGO Melayu yang terbabit  dalam isu BERSIH ini, mereka   berani  mempertahankan pendirian masing-masing.\rSM FAHMI,\rPuchong, Selangor.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059740 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list