CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 1

ULF-FBT rancang luas perniagaan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Perluas cawangan babit pelaburan RM1.5 juta\rUNIVERSAL Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) yang kini bekerjasama dengan Football Thai Factory Sporting Goods Co Ltd (FBT) merancang menjadi pusat bagi pengeluar dan pengedar kelengkapan sukan, aktiviti luar serta kecergasan di rantau ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.\r\n\n\n\n\rBermula dengan membuka Pusat ULF-FBT pertama di Kompleks Pertama di Kuala Lumpur, kedua-dua pihak merancang menubuhkan cawangan di Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Johor Bahru membabitkan pelaburan kira-kira RM1.5 juta dalam tempoh dua tahun ini.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan, berkata syarikat itu sudah membuka kedai kelengkapan sukan pertama UFL-FBT Kompleks Pertama dengan memperkenalkan jenama UFL-FBT membabitkan pelaburan kira-kira RM500,000, awal Jun ini.\r“Kami juga merancang memperkenalkan konsep perniagaan francais bagi terus mengukuhkan jenama UFL-FBT di pasaran.\r“Pada masa depan, kami juga merancang untuk mengeluarkan produk jenama UFL-FBT untuk dieksport ke pasaran serantau dan antara negara yang menjadi tumpuan adalah Indonesia dan Kemboja,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.\rHadir sama, Pengurus Jualan dan Pembangunan UFL, Patrick Chean.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, UFL sebelum ini lebih tertumpu kepada pengedaran produk serta kelengkapan aktiviti luar dan kecergasan, tetapi menerusi kerjasama dengan FBT, pihaknya berhasrat menjadi pusat sehenti bagi produk sukan daripada pakaian hingga kelengkapan sukan untuk peminat sukan dan juga atlit.\r“Sukan adalah industri yang sentiasa berkembang tidak kira dalam apa juga keadaan ekonomi dan ia mencatat pertumbuhan kira-kira 15 peratus setiap tahun,” katanya.   \rFBT yang berpangkalan di Thailand, adalah pengeluar peralatan sukan sejak 1952 sudah menjadi nama besar dalam arena sukan pada peringkat serantau dan antarabangsa.\rKetika ini, syarikat itu mengeluarkan produk dan kelengkapan sukan antaranya gimnastik, memanah, bola sepak dan larian yang dieksport ke lebih 40 negara.\rMenerusi kerjasama itu, Radha berkata, UFL turut buat pertama kali memperkenalkan kelengkapan bagi sukan mempertahankan diri seperti Muay Thay, taekwando, karate, tinju dan judo dalam usaha menjadi pusat pengedar sukan menyeluruh di rantau ini.\rBeliau berkata, ketika ini, segmen sukan menyumbang kira-kira 20 peratus kepada pendapatan syarikat, manakala masing-masing 40 peratus membabitkan segmen aktiviti luar dan kecerdasan.\r“Menerusi kerjasama dengan FBT, UFL menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan sukan kepada 40 peratus menjelang akhir tahun depan, manakala aktiviti luar dan kecergasan masing-masing 30 peratus,” katanya pusat sukan UFL-FBT bukan saja menjadi jualan runcit tetapi sebagai pusat pemborong.\rBeliau berkata, syarikat menyasarkan jualan RM800,000 bagi tahun pertama operasi cawangan berkenaan dan menyasarkan jualan sehingga RM1.5 juta tahun depan apabila aktiviti jualan pemborongannya diperkenalkan.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 12:59 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056395 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list