CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Kerajaan tak patut ketepi pendapat tokoh sastera pembuat dasar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
TAHNIAH kepada Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kemala atas pemasyhuran beliau sebagai Sasterawan Negara ke-11.\rMeskipun tiada sambutan atau liputan secara besar-besaran, anugerah itu tetap satu penghormatan yang besar dan berprestij khususnya kepada sasterawan yang yang tekal menyumbangkan buah fikir dalam berkarya demi untuk korpus keilmuan dan keintelektualan anak bangsa di kemudian hari.\r\n\n\n\n\r  Entah di mana silapnya, di Malaysia selepas Dasar Pandang ke Timur, Wawasan 2020 dan fokus pembangunan dan pengajian berteraskan teknologi maklumat  menjadi dasar pelaksanaan dan dasar matlamat waras fikir rakyat, kesusasteraan terus terpinggir bak melukut di tepi gantang.\r\r\n\n\n\n\n  Hasilnya, kesusasteraan menjadi subjek dan lapangan yang dilihat hanya diminati oleh golongan kuat berkhayal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.\rMereka yang meminati sastera dilihat sebagai manusia pelik yang suka menyendiri dan bersifat individualistik, tidak bernilai dan tidak punyai nilai komersial dan peluang bagi memakan gaji besar di kemudian hari.\rHakikatnya, sastera sudah wujud setua wujudnya ilmu matematik, muzik, falsafah, logik dan sebagainya. Melalui sastera dan persuratan, segala ilmu yang maujud pada hari ini boleh dikesinambungkan sehingga berkembang dan membentuk ilmu yang  bercambah dan mencapah.\rJangan dilupa juga antara tiga kategori Anugerah Nobel dunia yang pertama dianugerahkan juga adalah dalam bidang sastera selain daripada ekonomi dan fizik. Ini adalah kerana dunia mengiktiraf peranan dan pengaruh sastera dan persuratan dalam mempengaruhi masyarakat dunia dalam menentukan hala tuju mereka, sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya.\rKalau kita baca, biografi tokoh hebat dunia sepanjang zaman sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim, nescaya kita akan mendapati  memang menjadikan sastera bangsa sebagai teras pengajian malah menyanjung dan mengaguminya.\rZAHIRUDDIN ZABIDI,\rWangsa Maju, Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.807629 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list