CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Khabar Dunia: Pasaran seni China catat rekod

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
WAJAH China berubah pantas kebelakangan ini. Ketika Revolusi Kebudayaan 1966 hingga 1970, tidak banyak diketahui tentang warga China, tetapi hari ini China muncul sebagai jaguh dalam banyak perkara. Satu daripadanya, peralihan pasaran seni dunia yang mula memihak negara itu.\rData Yayasan Seni Halus Amerika di Belanda minggu lalu menamakan ‘kiblat’ seni Eropah, Britain dan Perancis, berada di tangga ketiga dan keempat dalam pasaran seni dunia, manakala China kedua selepas Amerika.\r\n\n\n\n\rMajlis lelongan dan jualan di galeri seluruh China bernilai enam bilion euro pada tahun lalu, memungkinkan ia menguasai 23 peratus daripada jumlah pasaran global, manakala Amerika mendominasi 34 peratus pasaran dan United Kingdom 22 peratus.\r\r\n\n\n\n\nSebenarnya pasaran seni Britain sudah mula merosot antara lima hingga 22 peratus sejak empat tahun lalu, manakala China semakin meningkat dalam tempoh sama seperti yang berlaku pada 2009, 20 karya terbaik menduduki carta jualan termahal, 11 daripadanya karya pelukis China. Karya seorang artis China, Zhang Xiaogang misalnya dibeli pada harga USD44 juta (RM133juta) pada satu lelongan 2008.\rRumah Lelongan Sotheby pula merekodkan jualan karya seni kontemporari Asia pada Mac 2006, karya artis China menghasilkan keuntungan hingga USD13juta (RM39juta) dan meningkat kepada USD23juta (RM69juta) tahun berikutkannya. Jualan di Rumah Lelongan Sotheby Hong Kong pula mencatat keuntungan USD34 juta (RM103juta) pada tahun sama.\rPergerakan pasaran itu menjelaskan kesedaran warga China untuk melihat seni sebagai pelaburan dan mereka bermula dengan mengumpul koleksi artis China, sebelum beralih kepada karya artis antarabangsa. Ketika ini ada kecenderungan untuk membawa pulang karya China di luar negara kembali ke tanah asalnya dan mereka tidak lagi berkira untuk mengeluarkan berjuta-juta dolar untuk memiliki karya bernilai.\rJusteru, tidak hairan apabila Rumah Lelongan Christie yang berpusat di New York merekodkan peningkatan pembelian untuk karya impressionis, modern art, pasca perang dab senario turut berlaku di  London dan Paris.\r\n\n\n\n\rLaporan tahunan Christie yang dikeluarkan akhir Januari lalu mencatatkan kadar jualan daripada China adalah sebanyak USD5 bilion (RM 17 bilion), peningkatan 53 peratus sejak 2009. Jualan musim gugur tahun lalu pula membawa keuntungan bernilai USD414 juta (RM1,259 juta), 95 peratus peningkatan tahun lalu dan rekod jualan tertinggi bagi rumah lelongan antarabangsa di Asia.\rKadar jualan yang tinggi itu mungkin petanda pertumbuhan pasaran seni di China yang lebih cepat dari negara lain sehingga pembeli China juga tidak mengehadkan pembelian di pasaran Asia, tetapi turut membeli karya seni di pasaran antarabangsa.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.149247 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list