CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Kursus Ketrampilan Pustakawan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KURSUS Ketrampilan Pustakawan yang akan diadakan di Nilai Springs Resort, Nilai, pada 26 hingga 28 Jun ini, dibuka kepada pustakawan, pegawai pusat maklumat dan orang awam yang berminat.\rPustakawan Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ruzita Kamis, berkata kursus anjuran Perpustakaan UKM itu bertujuan meningkatkan ketrampilan diri pustakawan dalam menjalankan tugas.\r\n\n\n\n\r“Kursus tiga hari ini akan mendedahkan pelbagai maklumat berkaitan dengan pembentukan personaliti, pengukuhan rohani dan jasmani, komunikasi dengan pelanggan, pengurusan stres serta pembangunan kerjaya.\r\r\n\n\n\n\n“Selain itu, kursus itu turut menampilkan sesi demonstrasi produk kesihatan dan busana pustakawan ke pejabat daripada syarikat pilihan,” katanya dalam kenyataan melalui e-mel, baru-baru ini.\rRuzita berkata, penceramah pada kursus terbabit ialah Ketua Pusat Sumber, Petronas Petroleum Resource Centre, Azahar Mohd Noor; Konsultan J2K Training Associates Sdn Bhd, Jalaludin Mohd Nor dan pengacara televisyen, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot.\r“Kursus yang pendaftaran dibuka sehingga 15 Jun ini turut membincangkan persoalan kerjaya dan profesionalisme pustakawan,” katanya.\rYuran penyertaan RM850 dikenakan untuk bilik berkembar dan RM1,050 (bilik perseorangan), manakala maklumat lanjut hubungi Rohana atau Ruzita di talian 03-89215388/4469; faks 03-89214419/3196; e-mel mrohana@ukm.my/ruzita_k@ukm.my atau layari laman web https://sites.google.com/site/kursusketrampilan/home.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.217051 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list