CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

Tuntutan CUEPACS berkaitan bonus, elaun perlu ditentukan ikut kemampuan kerajaan

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Sektor Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan menaikkan elaun sara hidup diselaraskan kepada RM300 sebulan di semua tempat. Permintaan itu dimohon kepada Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012.\rDalam keadaan sekarang, CUEPACS perlu menyarankan kepada kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan negara kita muncul sebagai negara maju pada 2020, berbanding tuntutan untuk mendapatkan bonus dan kenaikan elaun sara hidup.\r\n\n\n\n\r  Bagaimana pula nasib orang yang bekerja sendiri, penoreh getah  pesawah, petani, nelayan, pemandu bas, kereta sewa dan teksi mereka tiada gaji dan elaun sara hidup?\r\r\n\n\n\n\n  CUEPACS disaran turut memperjuangkan perkara lain juga seperti kebajikan kakitangan awam. Kini  Kementerian Sumber  Manusia pula mengumumkan mengenai penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 yang dijangka dapat beroperasi tahun ini.      Penubuhan badan itu akan memberi  impak kepada pekerja berpendapatan rendah dapat  gaji minimum  akhir tahun ini. \rKini 34 peratus atau 350,000 pekerja sektor awam mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sama ada kerajaan mahu memberi bonus atau sebaliknya  terpulang kepada kemampuan kewangan kerajaan. \rAdalah menjadi keutamaan kerajaan mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan dalam pilihan raya umum lalu. Kakitangan awam disaran mencontohi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang segan meminta bonus dan elaun tambahan kerana kemampuan kerajaan  kini berada pada keadaan minimum. \rSikap boros berbelanja akan mendorong kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang akhirnya membawa kepada tekanan inflasi tinggi.\r\n\n\n\n\rYOSRI BIN ABU MAHSIN,Kuala Lumpur.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.212232 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list