CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

Sastera.com: Kemelut karya sastera Myanmar

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
LAMAN web The Myanmar Times di alamat www.mmtimes.com menyorot kebimbangan penulis terkenal Myanmar, Nu Nu Yi, mengenai kurangnya bilangan karya sastera dari negara berkenaan yang diterjemahkan ke dalam bahasa asing.\rNu Nu Yi dilaporkan ketika melawat kedai buku Blackwell di Oxford, England pada 1998, memantau bahagian buku terjemahan ke bahasa Inggeris kerana menganggap kemungkinan ada karya pengarang Myanmar diterjemahkan ke bahasa Inggeris akan diperoleh di situ.\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, harapannya musnah apabila gagal menemui sebarang karya pengarang negaranya selain Letters from Burma (Aung San Suu Kyi), tetapi pengalamannya itu tidak mematahkan semangatnya untuk kembali ke England pada 2010.\r\r\n\n\n\n\nSekali lagi beliau pergi ke kedai buku Blakwell dan kali ini ingin mencari hasil karyanya sendiri,‘Smile As They Bow, novelnya yang sudah diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh penerbit Hyperion yang berpangkalan di New York.\rWalaupun pada awalnya agak sukar untuk mencari karyanya itu, tetapi dengan bantuan petugas di kedai buku berkenaan, Nu Nu Yi dilaporkan laman terbabit berkata, beliau akhirnya dapat menemui karyanya yang sudah diterjemah di negara luar.\r“Karya sastera dari Myanmar tidak kurang hebatnya, cuma bilangan yang diterjemahkan ke bahasa asing adalah sedikit kerana masalah kekurangan penterjemah yang baik, permintaan pasaran dan ketiadaan sokongan tempatan.\r“Adalah penting memilih penterjemah yang baik untuk mengekalkan tema, jalan cerita dan perwatakan dalam novel. Saya memilih sarjana dari Amerika Syarikat, Alfred Birnbaum, menterjemah novel saya, Smile As They Bow dan dibantu isteri saya, Thi Thi Aye,” katanya dalam laman terbabit.\r\n\n\n\n\rMengulas mengenai kerjanya menterjemahkan buku berkenaan, laman web itu melaporkan Birnbaum berkata, beliau agak kurang memahami semua bahasa slanga yang digunakan di dalam buku berkenaan.\r“Walaupun agak kurang menulis dalam bahasa Inggeris, isterinya banyak membantu dengan membaca semula teks asal novel terbabit dan kemudian menulisnya semula dalam ayat ringkas, sebelum ditulis semula dengan lebih bergaya,” beliau dilaporkan dalam laman terbabit.\rBirnbaum yang sebelum ini menterjemahkan hasil karya penulis sastera kontemporari Jepun selama lebih 30 tahun berkata, editor di Amerika Syarikat kini tidak lagi hanya melihat pada penulis Jepun, tetapi turut mencari bahan terjemahan yang baru. \rPada 2004, Birnbaum dan Thi Thi Aye menterjemahkan bab contoh dari novel Nu Nu Yi berjudul Emerald Block Kamayut dan diserahkan kepada syarikat penerbitan, Hyperion, tetapi penerbit itu tidak bersetuju untuk menerbitkannya.\rTahun berikutnya, mereka sekali menghantar terjemahan bab contoh daripada novel, Smile As They Bow kepada Hyperion dan kali ini cadangan mereka diterima oleh syarikat penerbitan itu untuk diterjemahkan.\rBirnbaum berkata, seperti banyak bahasa Asia yang lain, bahasa Myanmar mempunyai banyak maksud tersirat dan sebagai contoh, Smile As They Bow juga memerlukan tafsiran untuk pemahamannya. \r“Tugas Thi Thi Aye pula adalah untuk menyampaikan semua emosi, slanga dan bahasa kesat dalam novel itu ke dalam bahasa Inggeris. Bagi saya, seperti biasa saya akan memberi semua perwatakan suara yang berbeza tanpa menjadikan keadaan seperti terpaksa,” katanya.\rLaman web itu turut melaporkan, Ma Thanegi berkata, kekurangan penterjemah yang baik adalah halangan utama untuk menyediakan karya dari Myanmar kepada pembaca antarabangsa.\r“Penterjemah yang baik bukan saja perlu fasih dalam bahasa asing, malahan mengetahui slanga dan peribahasa, selain sememangnya boleh mengarang,” beliau dilaporkan berkata demikian dalam laman terbabit.\rBeliau turut berkata, satu lagi cabaran ialah adanya jenaka di dalam percakapan dan sastera Myanmar yang didakwanya mustahil untuk diterjemahkan ke bahasa Inggeris.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.647711 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list