CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 1

Ada dalang mahu hapus kesan sejarah Melayu-Islam

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan warisan sejarah Pulau Pinang dipercayai menjadi dalang kepada usaha halus untuk menghapuskan kesan sejarah dan warisan Melayu-Islam di negeri ini.\rPerkara itu diakui ahli akademik dan pemimpin NGO Melayu bahawa usaha berkenaan dijalankan melalui kegiatan melobi Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya terus menumpukan usaha pemuliharaan di Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).\r\n\n\n\n\rAkibatnya, banyak rumah ibadat dan bangunan lama bercirikan Melayu-Islam di luar Tapak Warisan Dunia UNESCO tidak diberi perhatian sewajarnya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.\r\r\n\n\n\n\nAgenda halus NGO terbabit menimbulkan polemik di kalangan pencinta sejarah dan warisan orang Melayu-Islam di negeri ini kerana kebanyakan mereka berpendapat masyarakat Melayu-Islam memberi sumbangan besar kepada kewujudan Pulau Pinang.\rPresiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff, berkata pihaknya mengesahkan kewujudan ‘tangan halus’ itu yang mengakibatkan usaha pemuliharaan warisan Melayu-Islam diabaikan supaya tumpuan diberi kepada Tapak Warisan Dunia UNESCO.\rKatanya, pengabaian itu percubaan memadamkan tinggalan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang, selain berniat menunjukkan orang Melayu bukan bangsa paling awal di negeri ini, sebaliknya Inggeris dan kaum lain.\r“Warisan Melayu-Islam di luar tapak warisan dunia memang tidak mendapat perhatian pihak berwajib yang menyebabkan kami termasuk NGO Melayu lain terpaksa berusaha memuliharanya.\r\n\n\n\n\r“Ini berlaku kerana ada usaha puak tertentu mahu menghilangkan kesan sejarah orang Melayu-Islam melalui pengabaian tinggalan sejarah dan ia wajar dihentikan segera,” katanya kepada Berita Harian.\rAhad lalu, laporan eksklusif Berita Minggu mendedahkan 42 tempat warisan di negeri ini, kebanyakannya kaya dengan sejarah Melayu-Islam tidak mendapat perhatian kerana pihak berwajib lebih menumpukan perhatian di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO.\rPerkara itu didedahkan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) diketuai Dr Saidatulakmal Mohd, hasil maklum balas 238 borang diedarkan kepada orang ramai berhubung usaha pemuliharaan peninggalan lama di Pulau Pinang.\rPendedahan itu mengundang reaksi Persatuan Sejarah Malaysia dan menyifatkan tindakan mengabaikan bangunan bersejarah dan warisan Melayu-Islam di Pulau Pinang sebagai percubaan memadamkan bukti kewujudan penempatan Melayu di negeri ini sebelum kedatangan Inggeris.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2014 11:23 AM | Show all posts
credit, saya bangga jadi anak Jati Penang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.872347 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list