CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Ketaatan isteri mesti berpada

[Copy link]
Post time 23-6-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Wanita perlu tahu hak jika suami gagal tunai amanahAPABILA  ketaatan isteri  menjadi debat yang panjang, penulis tertarik dengan pelbagai pandangan awam diutarakan, antaranya isteri harus membuktikan medan ranjang mereka tidak mampu ditawan sesiapa, melainkan mereka suami isteri. \rAda yang yakin mengikut kata suami  lambang ketaatan, sekali gus menafikan kepentingan syura dalam  rumah tangga. Isteri  kurang arif perintah agama  menganggap setiap suruhan dan tindak tanduk suami adalah perintah Allah dan Rasul, hatta maksiat pun ditaati.\r\n\n\n\n\r  Setiap isteri akan cuba sedaya upaya menjadi isteri yang taat kerana mereka tidak mahu meredah jalan sukar menuju ke syurga. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatannya, maka dikatakan padanya: Masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang kamu kehendaki.” (Hadis riwayat Ahmad dan Thabrani) \r\r\n\n\n\n\n  Antara ketaatan isteri terhadap suami yang dimaksudkan hadis Rasulullah SAW ialah tidak berpuasa sunnah tanpa izin suami, tidak membenarkan tetamu memasuki rumah tanpa izin suami dan tidak berinfak harta tanpa izin suami.\rKetaatan kepada suami tidak semudah yang  dinyatakan semua orang. Ia bermula seawal kesediaan menjadi isteri. Ramai  tidak mampu menunjukkan rasa hormat  lantaran mereka tidak menganggap suami sebagai pemimpin rumah tangga yang fungsinya menyediakan ilmu, keperluan rohani dan jasmani kepada setiap ahli keluarga.\rPuncanya kerana suami tidak menjalankan tanggungjawab  diamanahkan Allah sehingga  menyebabkan isteri dan anak  mengabaikan amanah masing-masing. \rDalam  Islam, isteri wajib taat selagi suami tidak melanggar perintah Allah dan Rasul. Memang setiap isteri  salihah berusaha memberi layanan terbaik buat suaminya. \rRasulullah SAW bersabda  mafhumnya: “Tidak dibolehkan seseorang sujud kepada sesama manusia. Jika dibolehkan  sujud kepada sesama manusia, nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami atas isterinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Bazzar) \rHadis itu menekankan hak suami yang banyak membuatkan isteri wajib mentaati suami. Namun, hak itu hanya layak dituntut suami jika  menunaikan tanggungjawab sebagai pelindung dalam rumah tangga.\rHak dalam Islam hanya menjadi milik sah seseorang jika ia tidak mengabaikan tanggungjawab yang harus ditunaikan kepada orang lain. Prinsip sama terpakai dalam hubungan suami isteri dan perlu difahami dengan jujur, bukan hanya menjadikan perumpamaan perintah bersujud kepada suami sebagai alat memperdaya isteri. \rJika suami tidak menunaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak, isteri dibenarkan menggunakan harta suami tanpa pengetahuan  dengan jumlah secukupnya dan dengan cara  baik. \rHal ini bukan bermakna  isteri  tidak taat, kerana apa  dilakukan  isteri  sekadar mengambil haknya yang tidak ditunaikan suami dan dibenarkan  Rasulullah SAW.\rSetiap isteri harus menjadi matang dalam menerajui rumah tangga. Tidak dapat dinafikan isteri yang bijaksana akan menyumbang kepada keharmonian rumah tangga bersama suami salih. \rTetapi jika  wanita bersuamikan orang yang tidak mematuhi syariat, ia tidak bermakna jalan keluar hanya perceraian. Isteri salihah akan membantu suami mencari cinta Ilahi, bersabar menyiram kasih mengikut panduan agama sehingga ia subur di halaman rumah tangga.\rIbnul Jauzi,  seorang faqih menukilkan kisah dalam kitabnya Ahkamun Nisa, mengenai  lelaki salih, rajin berpuasa dan bersolat malam bernama Syu’aib bin Harb. \rKetika  menikahi seorang wanita, Syu’aib berkata kepada wanita itu beliau lelaki yang buruk akhlaknya. Dengan penuh santun, wanita itu menjawab, orang yang lebih buruk akhlaknya darimu ialah orang  menjadikan akhlakmu seperti itu.\rHanya dengan jawapan itu, Syu’aib menyedari wanita bakal dinikahinya ialah wanita matang dan bijaksana. Justeru, beliau yakin wanita itu    layak mendampinginya. \rKisah itu menunjukkan wanita  cenderung  mentaati suami mempunyai minda cemerlang dan tidak menjadikan masalah  dalam rumah tangga sebagai sebab  berselisih faham, sebaliknya menekuni kekeruhan dengan bijaksana. \rPenulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056358 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list